Be-You-Ty

‘Kenapalah aku tak cantik macam orang lain?’

Oleh  | 

BUKAN mudah kita nak selalu yakinkan diri kita bahawa kita cantik. Ada masanya kita melihat cermin dan merasakan kita tidak cukup cantik macam perempuan lain seperti di dalam kaca televisyen atau model yang kita follow di Instagram.

Memang sukar untuk mencintai diri kita setiap masa. Namun, ia bukanlah mustahil. Tak ada orang lain yang boleh mencintai diri kita melainkan kita sendiri. Kitalah yang bertangungjawab untuk menjaga dan merawat tubuh kita.

Jom kita dengar apa kata Audrey Tait  yang juga merupakan kaunselor Inspirational Insight Counseling tip bagaimana untuk lebih  mempercayai kebolehan  dan menerima keadaan diri sendiri.

 

Cintai bentuk tubuh

Mulakan dengan  mencintai tubuh kamu seadanya . Kamu harus menerima keadaan fizikal kamu seadanya. Tak kisahlah kalau kamu tinggi atau pendek, kulit kamu hitam atau cerah atau warna rambut kamu berbeza dengan orang lain. Kamu harus berbesar hati menerima fizikal kamu.

 

Take care of yourself

Sudah masanya kamu ambil berat tentang keadaan diri kamu sendiri.  Ini termasuklah untuk pastikan kamu tidak mempunyai masalah fizikal seperti rajin minum air masak dan makan makanan yang sihat.

Biasakan juga aktiviti seperti bersenam, atau beriadah. Pastikan kamu juga mempunyai tidur yang cukup setiap malam.

 

Mental

via GIPHY

Tidak hanya fizikal, mental juga penting untuk memastikan kamu mencintai diri sendiri. Kamu mungkin berfikir banyak perkara . Apa kata kamu banyakkan fikir benda yang positif. Jangan biarkan otak kamu biasa dengan perkara negatif yang mendorong kamu membenci diri sendiri. Yakinkan diri kamu bahawa kamu mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.

 

Akui perasaan kamu

Jangan pendam perasaan kamu. Jangan biarkan perasaan kamu mengawal diri kamu. Maka pentingnya untuk kamu bercerita dengan seseorang yang kamu percayai mengenai perasaan kamu. Dia akan membantu kamu untuk berfikir lebih rasional.

 

Bersyukur

via GIPHY

Ha, ini satu lagi tip paling bermakna untuk membangunkan rasa percaya kepada diri sendiri

Bersyukurlah tubuh kamu masih berdaya untuk bekerja. Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki dan setiasa membangunkan fikiran positif di dalam pemikiran kamu.

 

 

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my