D-Life

Kenapalah minta ‘naik gaji’ tak semudah  menghulur tapak tangan?

Oleh  | 

KALAU dah berada di alam pekerjaan ini, memang kadangkala teringin juga nak lihat wang gaji kita setiap bulan angkanya besar sedikit daripada biasa. Tapi itu bukan impian korang seorang. Ada ramai yang memiliki keinginan serupa. Siapa yang tak nak gaji besar. Boleh beli make up dan baju baru banyak-banyak!

Menurut kajian yang dilakukan di Amerika, 33 responden memiliki hasrat untuk memperoleh gaji yang lebih besar dan pernah ada pengalaman untuk meminta kenaikan gaji secara terang-terangan. Namun, jarang di antara mereka yang berjaya mendapatkan kenaikan gaji.

Jadi, sebelum korang pun kena reject dengan bos kalau nak minta kenaikan gaji. Apa kata kita tengok dulu tip yang padu untuk minta naik gaji supaya tak la besar peratusan nak kena reject nanti!

Faham sebab nak naik gaji

via GIPHY

Ha, sebelum pergi jump bos tu, apa kata korang fikir betul-betul tujuan kenapa korang ingin minta kenaikan gaji. Penting untuk kita ambil kira juga cadangan dan pandangan rakan sekerja. Kalau korang sudah dua tahun berturut-turut mendapat employee of the month, nampaknya korang mungkin memiliki peluang yang cerah. Nampaklah korang  sebenarnya sangat berdedikasi dan layak mendapatkan kenaikan gaji.

Selidik dulu

Bukan nak menghampakan korang, tapi ada baiknya kalau  selidik dulu keadaan kewangan syarikat. Korang juga boleh kaji dengan membandingkan adakah gaji yang bakal korang minta itu setimpal dengan kemampuan pekerjaan kita. Kalau cara kita bekerja pun sendu-sendu, bawa-bawalah lah berfikir.

Siapkan apa yang patut

via GIPHY

Bila nak jumpa bos tu, janganlah pula datang dengan tangan kosong. Apa kata korang  siapkan bukti apa yang patut untuk sokong hujah sebagai pekerja yang berdedikasi. Contohnya macam catatan prestasi, salinan e-mel atau pujian daripada pengurus kita. Itu semua sangat membantu!

Timing kena tepat

Kalau nak minta kenaikan gaji, pastikan juga timing  tu tepat. Contohnya janganlah pula  minta kenaikan gaji ketika syarikat sedang sibuk menyiapkan projek-projek besar. Masa yang terbaik ialah ketika syarikat baru selesai menyiapkan projek besar. Nak pula semasa projek itu, korang pula perform! memang dapat la naik gaji!

Ready kalau tak jadi

via GIPHY

Ha, ini pun penting. Sebab ada kemungkinan keinginan korang itu ditolak. Jadi, adalah sangat penting untuk mempersiapkan diri dengan mental yang kuat. Ucapkanlah terima kasih kepada majikan  namun jangan pernah berhenti berharap.  Jadikan ianya sebagai pemangkin semangat dan mohonlah kenaikan gaji pada waktu akan datang. Semoga berjaya!

 

 

 

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my