Serious?!

Kencangnya angin! Macam mana nak buang angin dalam badan? Baca tips mudah ni

Oleh  | 

MASALAH berangin dalam badan merupakan satu perkara yang sering dilalui oleh semua orang dan bukan semua orang mengetahui macam mana nak mengadapinya.

Sesetengah individu memang tak boleh nak buang angin walaupun dah guna bermacam cara dan ada pula senang je nak buang. Masalah badan berangin ni boleh menganggu kehidupan harian kita.

So today, sis nak kongsikan dekat korang semua tips dan petua yang korang boleh amalkan untuk hilangkan angin dalam badan tu.

Vitamin C

Pelbagai kelebihan vitamin C yang boleh kita dapatkan. Salah satu kelebihan yang boleh didapati daripada vitamin c ni adalah dengan menyingkirkan angin yang berlebihan dalam badan. Koran gboleh je makan vitamin c yang natural seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Teh halia

Minuman teh halia ini sememangya popular dalam menyingkirkan angin yang berlebihan dalam badan. Minuman teh halia ini korang campurkan sedikit dengan lemon dan madu untuk korang yang mempunyai masalah angin yang banyak. Kalau korang ada masalah penghadaman pun boleh juga amalkan tips ini.

Foto:Unsplash

Bawang putih

Bawang putih boleh merawat pelbagai jenis penyakit sebenarnya. Seperti contoh, masalah kulit dan sebagainya. Bawang putih ini mempunyai bahan-bahan yang  boleh menbuang angin dengan cepat. Sis tak suruh korang makan sebuku bawang putih tu, cuma korang kupas dan makan dalam 5 biji, bakar sekejap dan makan.

Daun Betik

Korang rebus daun betik dalam beberapa minit dalam 1 liter air. Setelah mendidih biarkan air rebusan itu menjadi suam. Memang akan rasa pahit tapi tips ini sangat mujarab!

Foto:Unsplash

Sup panas

Sup panas merupakan satu tips yang paling mudah yang korang boleh amalkan. Bukan setakat dapat buang angin yang berlebihan, malah dapat juga menghilangkan lesu!

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk mengekalkan kesegaran dalam badan tu dan jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan ya!

Sumber:Siraplimau.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my