Serious?!

Kendall Jenner dan Ben Simmons saling ‘unfollow’ dekat Instagram? Pulak!

Oleh  | 

TIDAK seperti ahli keluarga Kardashian yang lain, Kendall Jenner lebih memilih untuk tidak mendedahkan kepada umum tentang  kisah percintaannya bersama Ben Simmons.

Image result for Kendall jenner

FOTO: The Cheat Sheet

Menerusi sebuah wawancara Vogue Australia, Kendall menjelaskan dia tidak suka mempamerkan perkara yang belum jelas pengakhirannya. Kata model Victoria Secret itu lagi, hubungannya bersama Ben belum tentu kekal kerana itulah Kendall lebih memilih untuk tertutup daripada berkongsi kisah hidupnya kepada khalayak ramai. Betul jugak tu. Selalunya bila selalu show off sangat nanti jadi malu bila tak jadi kahwin kan? Opss!

BACA:  Kendall Jenner dedah tidak serasi dalam keluarga Kardashian?

Namun, baru-baru ini diorang dikatakan telah berpisah kerana mereka berdua saling unfollow Instagram antara satu sama lain. Jika sebelum ini Ben akan menjadi orang yang terawal menekan button like pada foto Kendall, kali ini jejaka itu tidak lagi berbuat demikian. Model berusia 23 tahun itu juga dilihat tidak lagi keluar bersama kekasihnya itu.

FOTO: Cosmopolitan

Lebih-lebih lagi baru-baru ini Ben dilihat telah berpesta di Atlantic City, New Jersey dan jejaka itu didapati telah bersama seorang gadis berambut coklat dan seksi. Apa yang pastinya gadis itu bukanlah Kendall.

Ada sumber mengatakan yang Kendall dan Ben baru sahaja putus minggu lalu namun ada juga desas-desus memberitahu mereka sudah lama berpisah tetapi memilih untuk tidak menghebahkan perpisahan mereka kepada orang ramai. Mungkin juga perpisahan yang berlaku berpunca kerana mereka saling berjauhan. Entah lah, kita tunggu sahajalah tuan empunya badan yang jelaskan sendiri ye.

Cakap-cakap juga gosip-gosip juga korang dah follow @thedhiamy ke belum?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my