Inspirasi Dhia

Kerana percaya kepada harapan, lelaki ini tekad mulakan sukan scuba untuk OKU

Oleh  | 

Bayangkan hari ini korang berjalan ke pawagam dan makan bersama kawan-kawan. Korang berlari di bawah hujan sambil tangan ligat mendail nombor teman lelaki. Kesokkan harinya, korang terjaga. Namun tubuh korang tidak boleh bergerak sedikit pun. 

Korang ingat semuanya hanya mimpi. Namun setelah sampai ke hospital, doktor mengesahkan badan korang telah lumpuh tiba-tiba. Korang menatap menangis namun tiada apa-apa yang berubah. Hari semalam adalah kali terakhir korang mempunyai memori untuk hidup seperti orang biasa. Tidakkah korang merasakan hidup korang menjadi gelap tiba-tiba?

Kerana percaya sesiapa sahaja mempunyai harapan untuk meneruskan hidup, Syed Abdul Rahman Syed Hassan yang juga merupakan duta DiveHeart iaitu sebuah organisasi penyelam bukan kerajaan  telah bertekad untuk membawa mereka yang kelainan upaya mendekati keindahan dasar laut. 

Program  sukan lasak Scuba untuk orang kelainan upaya ini sebenarnya telah diperkenalkan kepada masyarakat dunia. Cuma di Malaysia ia tidaklah begitu popular. Maka Syed telah bertemu dengan pengasas DiveHeart di Florida iaitu Jim Elliot untuk membawa sukan scuba bagi golongan OKU di Malaysia. Hasrat itu rupanya telah disambut baik dan kini sudah lima tahun beliau berbakti mengajar golongan OKU untuk menyertai sukan skuba.  

Ada dua benda yang perlu diambil kira untuk melaksanakan misi ini. Pertama, perenang OKU dan kedua penyelam bertauliah yang akan melatih dan  memantau perenang OKU ini. Ini kerana ada prosedur khas untuk melatih OKU.

Kalau nak cerita tentang OKU, memang berbeza-beza untuk setiap orang. Namun pada tahun 2007, PADI iaitu sebuah organisasi penyelam terbesar dunia dah melancarkan program yang dipanggil  PADI Adaptive Techniques bagi melatih golongan OKU seperti:

-Kurang deria pendengaram

-Kurang deria penglihatan

-Kurang anggota badan

-Lumpuh pinggang ke bawah 

-Hanya boleh menggunakan dada atau leher ke atas

via GIPHY

Kalau korang mempunyai sahabat atau ahli keluarga yang merupakan golongan kelainan upaya. Ajaklah mereka untuk menyertai scuba yang semestinya bakal memberi sinar baru dan keindahan dasar laut yang indah. DiveHeart akan menawarkan pengalaman baru ini kepada golongan OKU dengan tenaga profesional yang mereka miliki. Jangan lupa untuk sebarkan perkara baik ini dan hubungi mereka di sini. 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my