D-Life

Kerap mengalami hidung berdarah? Ketahui cara menghentikannya

Oleh  | 

RAMAI sahaja individu yang di luarsana mengalami masalah hidung berdarah namun tidak mengetahui bagaimana cara yang betul untuk mengatasinya.

Mungkin juga ada beberapa faktor yang berlaku yang menyebabkan hidung berdarah seperti panas ataupun sebagai petanda penyakit.

Hari ini sis nak kongsikan bagaimana untuk menghentikan hidung berdarah dengan berkesan.

via GIPHY

Ramai yang menyangka apabila hidung kita berdarah, kita kena berbaring dan elakkan mendonggak. Sebenarnya fakta ini salah. Mengikut nasihat seorang doktor, Dr Ezairy M. Sallih, menyatakan jika korang mengalami hidung berdarah, WAJIB menundukkan kepala dan jangan dongakkan kepala ke atas. Jika mendonggak, berisiko untuk darah masuk ke paru-paru korang!

via GIPHY

Perkara yang kedua, picitkan bahagian hidung. Tekankan selama 15  hingga 20 minit tanpa henti dan cuba untuk bernafas menggunakan mulut.

Ulang memicit hidung sekiranya darah yang keluar mulai berkurangan dan kekalkan untuk bernafas menggunakan mulut.

Cuba dapatkan ais dan letakkan pada bahagian dahi. Dengan cara ini ia dapat membantu mengawal pendarahan. Sekiranya darah tidak berhenti keluar daripada hidung walaupun telah berulang kali melakukan langkah-langkah ini, sila tuju ke hospital dan terus ke unit kecemasan.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang dan orang sekeliling yang memerlukan bantuan.

Sumber: Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my