Serious?!

Kering idea, Aliff Syukri tiru ‘cover’ album Justin Bieber?

Oleh  | 

BARU beberapa hari melancarkan single baharu di saluran Youtube miliknya, usahawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam lagi!

Kontroversi timbul apabila sampul hadapan (cover art) single terbaharu beliau tersebut, berjudul Biar Apa Orang Kata, dikatakan meniru sampul album Justin Bieber yang dikeluarkan pada tahun 2012, Believe.

Dalam sampul single tersebut, Aliff Syukri dilihat tampil dalam gambar potret bertona sepia, berserta riben judul single berwarna putih serta nama beliau pada bahagian atas, mirip album penyanyi pop antarabangsa tersebut.

Persamaan tersebut mengundang reaksi yang pelbagai oleh netizen terutama di laman telegram maya Twitter.

“Hai @justinbieber, plagiarisme di sini oleh orang Asia tak berguna kami. Mohon maaf bagi pihak beliau atas apa yang berlaku. Kamu boleh ambil tindakan undang-undang terhadapnya,” tulis seorang pengguna, @fxrxheen_ungu (Juwita) dalam satu tweet.

Para pengguna lain, turut memberikan komen masing yang kebanyakannya mempertikai dan menyindir ahli kosmetik terbabit.

Ketika artikel ini ditulis, muzik video lagu tersebut mencapai tangga ke-2 arah aliran sohor kini di YouTube dengan tontonan lebih 395 577 tontonan.

Aliff Syukri walau bagaimanapun masih belum memberikan sebarang komen berkenaan reaksi netizen terhadap isu ini, namun seperti judul lagunya, kita sudah dapat meneka apa yang akan dikatakan beliau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my