Serious?!

Kesan penderaan emosi dan bagaimana untuk menanganinya

Oleh  | 

PENDERAAN emosi merupakan salah satu pembunuh senyap dalam dunia ni. Selain daripada penyakit-penyakit yang boleh membahayakan nyawa, penderaan emosi juga sama bahaya terhadap nyawa manusia.

Ini disebabkan terdapat juga mangsa di luar sana kadang tidak sedar akan realiti yang dihadapinya. Disebabkan perasaan sayang dan takut untuk hidup bersendirian, mangsa penderaan emosi ini seakan lemah dan tidak mampu untuk mengambil tindakan pun.

Mungkin orang yang korang sayang sedang berada di dalam penderaan emosi namun sudah tentu mereka akan berpura-pura bahagia. Jika korang mengesyaki sesuatu, mungkin korang boleh detect kesan penderaan emosi pada mereka mahupun diri sendiri dengan tips yang sis nak kongsikan ni.

via GIPHY

Korang sering berkorban dalam apa jua keadaan demi kepentingan si pelaku. Kadangkala di sebabkan perasaan takut, mangsa juga sering meminta izin pada pasangan jika ingin melakukan apa pun.

Tambahan pula, mangsa sering menafikan perasaan sendiri dan menafikan naluri hati. Sedangkan ini sebenarnya memberi peluang pada si pelaku untuk mendera emosi mereka dengan lebih teruk.

Selain dari itu, korang akan mula merasa serba salah jika mahu membela diri sendiri dan tidak sanggup untuk hidup berseorangan serta merasakan pasangan itu lah seolah-olahnya tempat korang bergantung hidup.

via GIPHY

Mangsa penderaan emosi ini sebernarnya boleh menangani situasi ini dengan beberapa langkah yang perlu mereka ambil. Yang pertama, mereka harus menyedari situasi yang sebenar dan berhenti menafikan keadaan sebenar.

Tambahan lagi, korang harus berhenti menyalahkan diri sendiri dan wajib menyedari di mana mereka ini tidak akan berubah selagi korang beri peluang untuk mereka terus mendera emosi. Selain dari itu, mulakan bersuara pada orang yang korang boleh percayai dan cuba untuk berkomunikasi dengan keluarga.

via GIPHY

Selain dari itu, korang juga boleh membuat aduan secara online di portal WAO bagi mendapatkan bantuan. Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk mengatasi masalah penderaan emosi ini.

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my