D-Life

Kesiannya tinggalkan si comel di rumah! jom bawa kucing melancong bersama

Oleh  | 

MELANCONG adalah waktu yang tepat untuk meneroka tempat baharu dan menenangkan fikiran. Namun, tiada gunannya kamu pergi bersiar-siar jika hati dan fikiran kamu gusar memikirkan apakah yang sedang dilakukan kucing kesayangan kamu di rumah.

via GIPHY

Jangan risau, kami sedia membantu kamu. Apa kata kamu bawa sekali si comel gebu kesayangan kamu itu bercuti dan ikuti beberapa tip ini!

Vaksin sebelum perjalanan

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa kucing kamu, kamu disaran membawa si comel kesayangan kamu ke klinik haiwan bagi mendapatkan suntikan vaksin. Ia sebagai persediaan agar kucing kamu terhindar daripada dijangkiti apa-apa penyakit sepanjang tempoh percutian. Jika kucing kesayangan kamu sakit, kamu juga mungkin tiada mood untuk berseronok.

Pastikan bekalan makanan kucing mencukupi

Walaupun kamu sibuk menikmati percutian atau merakam foto untuk dimuat naik di Instagram kamu. Jangan pula terlepas pandang sehingga mengabaikan kebajikan si comel. Kucing memang dikenali sebagai haiwan yang mudah sakit jika dibawa berjalan ke satu tempat yang jauh. Maka sebab itulah kamu perlu menjaga pemakanan mereka. Pastikan mereka mendapatkan makanan dan minuman yang cukup sepanjang travel bagi mengelakkan mereka jatuh sakit.

Hadkan masa perjalanan

Tempoh masa perjalanan yang panjang boleh memberikan tekanan kepada kucing kamu. Oleh itu, kamu disaran untuk mencari cara bagi menghadkan tempoh perjalanan. Contohnya, hindarilah daripada menaiki pesawat yang menyebabkan kamu transit dalam waktu yang lama. Atau lebih baik sekiranya kamu menempah pesawat yang tidak memerlukan kamu transit ke mana-mana.

via GIPHY

Beri masa kucing untuk rasa selesa

Sebaik sahaja kamu tiba di tempat percutian kamu, biarkan kucing kesayangan kamu itu bergomol-gomol dan menyesuaikan diri dengan tempat yang baharu. Ini kerana kucing memerlukan masa yang lama untuk benar-benar berasa selesa di suatu tempat yang begitu asing dengannya.

Bantu mereka berasa selamat

via GIPHY

Kucing mempunyai deria yang lebih berbanding biasa. Ini membuatkan makhluk ciptaan Tuhan yang comel itu begitu istimewa. Mereka mempunyai pendengaran yang lebih peka. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka selalu berada dalam keadaan berwaspada. Maka, kamu boleh membuat mereka berasa selamat dengan menempatkan mereka di atas tempat yang selesa seperti di atas beg atau jaket.

 

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my