Diri Dhia

Ketagih tengok benda lucah? Ini kesan dan caranya

Oleh  | 

HELLO geng! Hari ni sis nak bagi tips untuk tolong korang yang mempunyai masalah ketagih nak tengok benda-benda lucah ni. Korang boleh jugak share dekat kawan-kawan rapat korang untuk tolong diorang. Sis bukan apa, ketagih porn ni hanyalah akan membawa korang semua kepada perkara-perkara yang lebih dahsyat, yang korang sendiri pun tak akan expect nak buat. Bahaya tau sebenarnya tengok benda-benda lucah ni. Tak elok untuk minda dan ia boleh ubah permikiran korang ke arah yang negatif.

Okay so firstly, korang kena tahu apa kesan-kesan negatif yang korang dapat. Kebanyakan sumber sis baca ada yang menyatakan, selepas korang tengok satu video yang agak revealing, ia akan melepaskan satu hormon dopamine yang menyebabkan korang rasa ketagih. Bukan itu sahaja, ketagihan tu akan membuatkan korang tidak sensitif kepada sesuatu yang tidak normal. Dalam erti kata lain, apa yang tak normal tu dah jadi normal pada korang. Ish boleh mengundang bahaya tu tau!

Makin lama korang expose diri korang dengan porn ni, makin teruk lah nanti kesan-kesannya! Sis rasa penting jugak lah bagi korang untuk tahu macam mana pornography boleh jadi addicition, so that korang tahu apa kesan-kesan yang korang tengah invite masuk dalam badan dan minda sendiri. This is because, ketagihan ni jugak boleh memberi kesan yang long term! So, big no no okay guys. Video dekat bawah ni antara yang terbaik untuk korang faham.

Macam mana nak elak dari tengok video lucah ni?!

 

Open up

Okay sis faham korang mesti malu gila nak open up pasal ni dekat sesiapa pun. Dan kadang-kadang walaupun dengan kawan yang paling rapat pun, korang tak berani nak luahkan. So what can you guys do is, korang cuba luahkan dekat platform-platform yang ada. Sis tengok ada satu platform yang boleh bantu korang untuk melawan addiction ni. So you guys can check those out. Salah satunya adalah fortify.com

Fokus pada victory 

Korang wajib ada determination yang tinggi dan untuk memastikan korang tak akan ketagih, korang kena banyak fikir pasal kejayaan korang setelah hadapi benda ni. So, this akan keep you motivated dengan benda-benda yang positif. Jangan rosakkan minda!

Busy kan diri

Yes, bunyi macam cliche tapi itu lah hakikatnya. Korang kena busy kan diri korang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah. As in, korang ajak kawan-kawan pergi hiking atau mandi sungai dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh buat. Actually, lagi beneficial untuk korang!

Fahamkan diri dan addiction

In order to kawalkan korang punya addiction tu, Korang kena faham dulu apa yang menyebabkan korang boleh ketagih dan apa yang boleh menjadi suis untuk ketagih korang tu.Bila korang tahu punca-punca tersebut, barulah korang ada kekuatan untuk elak,kawal dan eventually bebas dari ketagih tu!

 

Sis pasti korang boleh membina tabiat positif. Nasihat sis pada korang semua, elakkan diri dengan benda yang tidak sihat dan tak ada faedah ni okay. Sis LOVE korang okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my