Serious?!

Ketahui fungsi air gas selain untuk diminum!

Oleh  | 

BILA  sebut air gas mesti korang ingat ianya sebuah minuman berkarbonat yang jika diambil berlebihan boleh memudaratkan kita. Tapi air gas ni sebenarnya ada kelebihan yang kita sendiri tak tahu dan sangat bagus untuk rutin harian korang!

Air bikarbonat dikenali sebagai bahan pencuci atau pembasmi yang sangat kuat kerana bahan yang terdapat di dalam air itu sendiri. Haa ini diantara kelebihan air bergas yang korang boleh guna dari korang yang hanya tahu minum je kan.

Digunakan untuk mencuci

Air bikarbonat ni boleh digunakan sebagai alternative pada pencuci tandas sebabkan bahan citric asid yang terdapat dalam air gas sebenarnya mampu untuk menghakis segala kekotoran. Caranya korang tuangkan air gas tersebut dalam tandas dan biarkan selama lebih kurang satu jam. Lepastu korang flush dan kotoran di dalam mangkuk tandas hilang. Ia juga sangat bagus digunakan untuk membersihkan barang dapur seperti kuali dan juga digunakan untuk mencuci kaca atau cermin.

 Membasmi Serangga Perosak

Di India, air gas sangat popular digunakan oleh golongan petani untuk membasmi serangga perosak yang menyerang tanaman. Ini kerana harganya yang lebih murah daripada racun perosak itu sendiri. Ia juga boleh digunakan sebagai umpan lalat caranya dengan memotong tengah botol dan meletakkan muncung botol terbalik.

Menanggalkan Gula Getah dari Rambut

Gula getah yang melekat di rambut sangat susah untuk ditanggalkan, tapi korang mampu menanggalkannya menggunakan air bergas seperti contoh, air coke. Caranya mudah dengan hanya merendam rambut yang terkena gula getah selama beberapa minit dan BOOM, gdengan mudah gula getah pasti tertanggal.

Menghilangkan Bau dan Kesan Minyak Pada Pakaian

Buat korang yang selalu terdedah dengan kawasan yang dipenuhi petrol atau segala jenis minyak, korang boleh gunakan air bergas untuk menghilangkan kesan dan bau minyak pada pakaian. Caranya hanya dengan mencampurkan air gas kedalam mesin basuh.

via GIPHY

Moga bermanfaat dengan apa yang sis kongsi dengan korang okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my