Serious?!

Ketahui jenis-jenis boss untuk kawal stress dalam pekerjaan

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Artikel ini sesuai untuk korang bersiap sedia menceburi dunia pekerjaan. Lebih-lebih lagi lepasan graduan. Dalam dunia pekerjaan ni ramai yang mengadu stress dan tertekan ketika berada di tempat kerja.

Bagi yang dah berpengalaman tu memang korang pandai lah nak handle dan adapt dengan suasana pekerjaan. Tapi bagi korang yang baru nak mulakan pekerjaan tu boleh terkejut kalau tak pandai jangka. Kebanyakkan graduan asyik mengadu stress dengan dunia pekerjaan padahal korang baru je masuk. Sampaikan ada yang tak lebih setahun lagi dah mula berfikir untuk berhenti gara-gara tertekan dengan pekerjaan

Kalau itu sahaja asyik difikirkannya, macam mana nak tambah pengalaman? Ha oleh sebab itu, sis nak kongsikan tips ini supaya korang lebih memahami dan lebih bijak dalam mengawal keadaan diri. Pendek kata, korang kena tahu boss korang macam mana supaya korang lebih pandai menyesuaikan diri! Barulah win-win situation kan?

Managerial Leader

Okay cuba perhatikan dengan baik. Pemimpin yang sebegini dikatakan mempunyai pengaruh yang paling kurang berbanding jenis yang lain. Kebanyakkan pekerja hanya melakukan kerja kerana mengikut arahan sahaja dan pemimpin sebegini lebih gemar untuk membuat keputusan dan apa yang penting bagi mereka adalah untuk mencapai target.

via GIPHY

Relational Leader

Pemimpin yang jenis ini pula suka untuk mencipta hubungan dengan yang lain. Lebih cenderung kepada membina hubungan yang matang dan jika bekerja dengan mereka, semestinya pekerjaan menjadi mudah dan pekerja pun boleh perform! Akan tetapi kelemahannya pula adalah mungkin pekerja boleh menjadi terlalu selesa! Kalau kena pada staff yang ikhlas, pasti tiada masalah.

via GIPHY

Motivational Leader 

Pemimpin yang mempunyai minda positif dan motivational mindset. Ini bertujuan untuk memeberi kelebihan kepada diri mereka, para pekerja dan organisasi. Kebanyakkan orang akan mengikut mereka di sebabkan siapa diri mereka dan apa yang mereka boleh lakukan. Pemimpin sebegini memang fokus dalam membina keuntungan untuk diri sendiri,para pekerja dan syarikat.

via GIPHY

Inspirational Leader

Pemimpin yang begini pula suka untuk memberi inspirasi kepada banyak pihak. Mereka lebih fokus dalam memberi inspirasi kepada orang sekeliling supaya keadaan turut terikut dan terpengaruh untuk berjaya. Kebanyakkan orang sekelilingnya senang untuk bekerjasama kerana sikap prihatin yang ada pada mereka.

via GIPHY

Transformational Leader

Pemimpin jenis ini mempunyai semangat tersendiri dan mempunyai misi untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih baik. Bukan itu sahaja, dalam kelima-lima jenis pemimpin, pemimpin jenis ini antara yang paling dihormati dan paling berpengaruh. Bukan hanya dari para pekerja sahaja, malah diantara pemimpin juga turut dijadikan sebagai contoh yang baik!

via GIPHY

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk memyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan. Lagi-lagi bagi lepasan graduan. Semoga berjaya!

Sumber:ATD

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my