Be-You-Ty

Ketahui kelebihan kulit kayu manis dalam kecantikkan diri

Oleh  | 

KULIT kayu manis merupakan salah satu rempah ratus yang popular dalam kalangan masakan mahu pun baking! Sifatnya yang bertujuan untuk  menambahkan lagi perisa dalam makanan sememangnya kuat.

Bukan itu sahaja, kulit kayu manis juga mempunyai kelebihan yang boleh mengkekalkan kesihatan kulit dan membantu mengurangkan berat badan kita

Jadi hari ini, sis kongsikan pada korang semua kelebihan kulit kayu manis dalam mengekalkan kesihatan kulit.

Memutihkan kulit 

Kulit kita sering terdedah dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatannya seperti cahaya matahari,habuk,asap dan sebagainya. Oleh sebab itu, kulit kita pun mudah untuk kusam. Apa yang korang boleh buat adalah, gunakan serbuk kulit kayu manis, dadih,pisang dan jus lemon digaulkan sehingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya sehingga kering.

Memudarkan garis halus pada kulit

Untuk mengelakkan kulit yang tengah muda tu nampak tua dengan lebih cepat, korang amalkan tips ini. Caranya mudah saja, campurkan serbuk kulit kayu manis dan minyak zaitun pada wajah dan amalkan dengan cara yang kesap bagi mendapatkan kesan yang cepat.

Parut jerawat? Hilang!

Jerawat dah hilang tapi parut jerawat pulak yang susah nak hilang! Jadi apa yang korang kena buat? korang boleh amalkan tips ini dimana korang campurkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan dicampurkan dengan madu. Setelah pekat, saputkan pada wajah yang tercemar dengan parut jerawat.

Tiada lagi masalah kulit kering!

Kulit kayu manis juga merupakan satu bahan semula jadi yang mampu untuk mengurangkan masalah kulit kering. Kulit kayu manis ni boleh membantu membuang sel-sel kulit yang dah mati. Korang campurkan serbuk kulit kayu manis bersama madu, garam dan minyak zaitun sebelum menggosok dengan perlahan. Setelah bebebrapa minit berlalu korang bilas muka dengan air suam.

Semoga tips dan langkah-langkah ini bermanfaat buat korang semua dan jangan lupa untuk kongsikan bersama dengan kawan-kawan okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my