Kolaborasi

Ketahui petua-petua hilangkan jerawat dari nenek moyang

Oleh  | 

OH NO! Esok nak keluar dating, malam ni lah jerawat nak timbul. Pernah tak korang alami situasi yang macam ni? Yela, hari-hari penting kita mestilah nak nampak kulit kita cantik dan glowing tanpa sebarang celaan terutama sekali di bahagian muka.

Usah gusar girls, korang boleh guna tips orang-orang lama iaitu petua nenek moyang kita untuk handle masalah jerawat supaya kekal flawless gitu!

Lidah Buaya (Aloe vera)

Dah banyak dah korang dengar petua ni betul tak? Tapi tak semua orang tahu apa sebenarnya aloe vera ni boleh lakukan untuk bantu korang.

Aloe vera sebenarnya mengandungi hormon giberelin dan polisakarida yang bertindak sebagai antibakteria yang mampu membunuh bakteria penyebab kepada jerawat. Korang boleh ambil daun aloe vera ni dan belah daunnya supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir aloe vera ni pada parut. Seeloknya lakukan tiga kali dalam seminggu. 

Timun

Disebabkan timun kaya dengan kandungan zat aktif yang mampu menyembuhkan, melembabkan wajah, maka timun sangat elok untuk merawat jerawat. Ha! Yang ni dalam peti ais korang mesti ada punya lah.

Korang hanya perlu kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. Lepas tu kulit korang akan terasa fresh sepanjang hari.

Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Pernah tak nampak muka nenek moyang korang bertompok penuh dengan bedak? Bedak sejuk tu berfungsi untuk menyejukkan kulit sekaligus  meredakan radang kulit yang berjerawat. Mereka tak ada pun guna produk mahal-mahal kan? Kalau ditanya mestilah itu rahsia kecantikan turun-temurun mereka.

Tapi tu semua bukan bedak semata je tau. Ada campuran kulit kayu manis. Caranya korang kena tumbuk kulit kayu manis sampai menjadi serbuk halus. Lepas tu, korang campur dengan bedak sejuk. Jangan lupa tambah air barulah boleh letak dekat jerawat dan parut jerawat. Buat sekerap mungkin, lama-lama jerawat akan kurang, okey!  

Madu

H! Salah satu car yang boleh diguna pakai ialah dengan madu. Jadikan madu ini sebagai masker sebanyak 2-3 kali seminggu. Masker madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif tau. Tapi, pastikan korang bersihkan kulit dengan teliti kerana ia mampu menarik perhatian serangga. Jangan terkejut kalau bangun pagi serangga penuh satu katil nanti. Hiks!

Hiruscar semudah ABC

Tapi kalau malas sangat nak guna petua nenek moyang disebabkan penyediaan yang lama dan mungkin sesetengah bahan susah nak dapat, apa kata gunakan Hiruscar Anti Acne Spot Gel. Satisfaction test juga menunjukkan 85% daripada responden nampak perubahan baik dalam hanya dua hari.  Dhia yakin korang punya jerawat akan cepat mengecut dan lagi best parut jerawat pun mampu dikurangkan.

Kalau masih mempunyai parut bekas jerawat, jangan risau! Sapukan Hiruscar Post Acne pula. Pudar parut jerawat korang tau! Hiruscar Post Acne ni mampu elakkan pembentukan jerawat baharu di tempat yang sama. Hanya dengan sapukan dekat bekas jerawat korang, bukan pada jerawat aktif tau.

Menarik tak? Mana nak cari cara paling cepat dan berkesan untuk pulihkan jerawat semudah ABC macam ni. Nak lagi banyak info, pergi je ke Facebook Hiruscar Malaysia.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my