Serious?!

Ketahui senarai 10 universiti terbaik Asia ini!

Oleh  | 

SENARAI rating universiti yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) menjadi antara yang paling ditunggu setiap tahun. Mana tidaknya, di sinilah kita akan dapat menilai dimanakah letaknya pencapaian universiti tempatan dunia di arena antarabangsa.

Sebanyak 550 universiti di Asia telah dinilai. Cuma kali ini terdapat 68 universiti yang baru sahaja masuk ke dalam senarai tersebut.

Kalau korang nak tahu, kedudukan rating universiti ini dinilai menggunakan 10 indikator. Ia termasuklah reputasi akademik, jaringan international, pertukaran pelajar, publication setiap fakulti, mahasiswa berlainan bangsa, pensyarah dengan PHD, kutipan, dan penghasilan jurnal ilmiah.

via GIPHY

10 universiti terbaik dalam senarai tersebut datang daripada 4 negara sahaja dan Malaysia belum cukup menyerlah untuk menduduki mana-mana dalam carta top 10 tersebut.

Dua universiti daripada Singapura telah menduduki carta paling atas. NUS berjaya mendapat tempat pertama dua tahun berturut-turut. Manakala Universiti of Hong Kong telah jatuh satu anak tangga berbanding tahun lalu.

Universiti di Korea pula telag berjaya menempatkan diri di tangga ke sembilan tahun ini. Berikut adalah 10 universiti terbaik Asia.

1. National University of Singapore (NUS)
2. Nanyang Technological University (NTU), Singapura
3. The University of Hong Kong
4. Tsinghua University, China


5. Peking University, China
6. Zhejiang University, China
7. Fudan University, China
8. The Hong Kong University of Science and Technology
9. Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST), Korea Selatan
10. The Chinese University of Hong Kong (CUHK)

 

Sumber: CNN

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my