D-Life

Ketawa banyak boleh buat kurus!

Oleh  | 

MACAM-macam cara orang buat supaya kurus. Selain dari jaga pemakanan, korang pun kena banyak bersukan. Boleh ke nak buang kalori tanpa bersenam? Jawapannya, boleh!

Sis faham yang korang semua kadangkala tak ada masa nak pergi berlari. Nak buat assignment lagi, nak siapkan projek tahun akhir lagi. Tak sempat. Jangan risau, sebab banyak sahaja benda yang yang korang boleh lakukan dan yang paling penting, ia membantu membuang kalori dalam badan korang.

Ini adalah beberapa benda yang korang boleh lakukan kalau malas bersukan.

via GIPHY

Memasak

Ya kawan-kawan, memasak pun sangat baik ya untuk buang kalori. Rajin-rajinkanlah diri ke dapur. Nak siapkan bahan memasak boleh membakar 128 kalori. Tu belum lagi kalau korang pergi beli bahan nak masak dekat pasar.

Pergi gym

Kalau malas nak keluar, korang boleh je pergi gym. Pergi gym selama 15 minit dah boleh bantu korang untuk buang 107 kalori. Tapi, korang disarankan untuk pergi gym selama 30 minit sehari.

via GIPHY

Berdiri

Betul tu kawan-kawan, berdiri dalam train selama 30-40 minit boleh bantu korang untuk membakar 1000 kalori. Kalau nak hilangan penat berdiri, korang bolehlah dengar ebook, mendengar muzik atau baca artikel dekat Dhia.com.my.

Ketawa

Rupa-rupanya ketawa selama 20 minit boleh membantu membakar kalori sama dengan berlari sejauh 1.5 kilometer. Selain itu juga, ketawa pun boleh kengurangkan stres dan menghasilkan hormon gembira. Apalagi, pergilah tengok siri yang kelakar dekat Netflix atau lepak dengan kawan-kawan yang boleh buat korang pecah perut.

via GIPHY

Bersihkan bilik mandi

Sebenarnya membersihkan rumah pun boleh buat korang hilang kalori. Bilik mandi adalah kayu ukur betapa pembersihkan sesebuah keluarga itu. Jadi, jangan lupa sental segala kotoran, lumut dalam bilik mandi selama 20 minit sebab ia boleh bantu bakar kalori.

Sekarang dah tahukan antara aktiviti yang boleh buat korang buang kalori. Lepas ini jangan lupa amalkan tau!

Sumber: CNN

 

RM12 tawaran harian, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM12, dan 12 juta coins untuk tangkap & menang. Menarik bukan?! Semuanya ini hanya di Shopee MY.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my