Dhia Glam

Ketepikan busana lalu! Fiziwoo bagi ‘hint’ Sitizoners tegar je tahu bila dengar perkataan ini…

Oleh  | 

KALAU dah namanya sweetheart Malaysia, setiap perlakuan dan penampilan selalu akan mendapat perhatian orang ramai.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza dalam siri jelajah konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 baru-baru ini. Persembahan gilang-gemilang Tokti memang tidak boleh disangkal lagi.

Namun, terselit juga suara-suara netizen yang tidak puas hati dengan baju yang disarungkan penyanyi kesayangan ramai itu. Bukan main tajam mata yang memandang. Jika busana yang dikenakan nampak aneh atau tidak kena, habislah dikritik warganet di laman sosial.

Tekanan itu nampaknya dirasai oleh setiap designer termasuklah pereka fesyen terkenal Fiziwoo yang bertanggungjawab mereka salah satu busana untuk persembahan Tokti, Sabtu ini.

Team Dhia sempat ke Sentul untuk bertemu designer paling humble iaitu Izree Kai Haffiz (Kai) dan Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) untuk bercerita lebih lanjut tentang pengalaman mereka dalam menyiapkan busana artis kegemaran ramai itu.

Gementar ‘diancam’ Sitizoners

“Mana-mana designer pun kalau diminta untuk buat baju Dato Siti akan gementar dan bertanya kepada diri sendiri

“Boleh ke buat untuk living lagend ni?’ ” kata Fizi memulakan perbualan.

Mana tidaknya, berdebar juga nak penuhi expectation Tokti yang bukan calang-calang lebih-lebih lagi peminatnya adalah Sitizoners. Bukan itu sahaja, pereka fesyen ini turut mendedahkan pernah menerima mesej daripada peminat Tokti sendiri menasihati mereka menutup akaun Instagram selepas konsert nanti.

“Saya juga ada menerima DM daripada Sitizoners menasihati agar kami deactivate Instagram  tiga hari selepas konsert untuk mengelakkan sakit jiwa.

“Katanya, kami kena bersedia dengan sebarang kemungkinan,”  kata mereka ketawa menceritakan situasi itu sekali gus menunjukkan betapa Tokti disayangi peminat yang selalu inginkan yang terbaik dalam penampilan artis itu.

“Janganlah kecam sebab kami pun nak the best look for Dato. Kami cuba yang terbaik,”

Proses mereka baju

Memandangkan busana tersebut akan dipakai semasa Tokti menyanyikan lagu dalam segmen balada. Pereka duo berbakat ini akan menampilkan sesuatu yang unik dan lebih minimal sesuai dengan mood pembawaan lagu Tokti nanti.

“Tokti kita kenal dengan personaliti yang penuh drama, glamor dan elaborate dari segi penampilan.

“Manakala Fiziwoo terkenal dengan rekaan yang bermain dengan structure, tule, dan sebagainya. Maka, kami akan gunakan kesemua elemen itu untuk Tokti tapi tidak terlalu nampak try hard.

“Tokti macam hanger, bila baju itu terlalu berat atau terlalu biasa, hanger itu tidak boleh membawa baju itu dengan baik,”

Beri ‘hint’ baju Tokti

Bakal menampilkan kelainan, Fiziwoo sempat memberi bayangan tentang baju rekaanya yang dikatakan lebih mendalam dengan bait-bait puisi.

“Untuk busana  Tokti, saya boleh katakan kita boleh lihat bait-bait puisi yang lagend dari Tokti. Kami bawakan sesuatu yang lebih mendalam.

“Original Sitizoners dia akan tahu bila saya kata satu perkataan ini iaitu ‘pendirianku’. Siapa Sitizoners sejati, dia mesti akan tahu.

“Saya yakin ia adalah sesuatu yang lain daripada apa yang biasa Tokti pakai,”

Menggalas tugas mereka busana untuk Tokti yang menjadi tumpuan orang awam sememangnya tanggungjawab yang besar. Namun, sebagai pereka mereka hanya boleh melengkapi kecantikan dan bukannya mengubah seseorang seperti sangkaan banyak orang.

“Kami cuba yang terbaik. Adakah visi kami dalam rekaan baju itu dapat diterjemah oleh peminat dan Sitizoners. Sama-sama kita tunggu,” katanya mengakhiri temu ramah.

Konsert jelajah Tokti bakal berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini. Team Dhia pun tak sabar gila nak tunggu Sabtu ini untuk berhibur dengan persembahan Tokti selain melihat sendiri baju rekaan Fiziwoo yang disarung oleh Tokti. Harap korang tak main hentam je kalau tak suka sebab korang kena faham yang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Gitu!

BACA: “Tokti ni sebenarnya…” koreografer kongsi pengalaman belakang tabir Siti Nurhaliza On Tour

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my