D-Life

Ketiak hitam? Cuba 7 cara semula jadi ini untuk kembali putih!

Oleh  | 

KORANG ada maslah ketiak hitam? Ini perkara yang boleh spoil kan perempuan kan. Sebenarnya faktor kenapa ketiak korang jadi hitam adalah pemilihan deodoran yang salah, teknik mencukur bulu yang salah dan lain-lain lagi.

Nak tahu tak macam mana caranya untuk putihkan kembali ketiak yang hitam selain menggunakan ubat atau mendapatkan rawatan? Jawapannya dah tentulah korang boleh menggunakan bahan semula jadi. Boleh juga save cost! Untuk tahu dengan lebih lanjut, teruskan membaca tip dekat bawah ni,

1.  Epal

Epal mengandungi asid yang boleh membunuh bakteria, kuman, kesan hitam dan bau pada ketiak kita. Racik buah epal secara halus dan gosokkan ke ketiak korang. Ulang tip ini 3 kali seminggu dan konsisten untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

2. Kunyit

Kunyit dapat membantu menghilangkan pigmentasi dan memulihkan masalah kulit. Caranya mudah sahaja. Ambil serbuk kunyit dan lumurkan ke ketiak korang. Selain daripada itu, korang juga boleh campurkan kunyit dan susu untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus. Susu dan kunyit juga dapat membantu menghilangkan masalah bau ketiak.

3. Timun

Timun dapat membantu mencerahkan semula ketiak korang yang hitam tu. Caranya sama saja seperti buah epal tadi. Potong halus timun dan lumurkan ke ketiak korang. Selain mencerahkan kulit, timun juga dapat melembapkan kulit ketiak korang.

4. Kulit Jeruk

Kulit jeruk mengandungi sirat yang dapat membantu mencerahkan kulit ketiak. Jemur kulit jeruk di bawah cahaya matahari sehingga kering. Tumbuk kulit jerut itu sehingga menjadi serbuk dan campurkan sedikit air sebelum dilumurkan ke ketiak.

5. Minyak kelapa

Minyak kelapa biasanya digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Kalau korang pilih untuk menggunakan minyak kelapa, pastikan korang menyapu minyak kelapa ke ketiak korang setiap hari dengan cara mengurut ketiak korang sebelum mandi.

6. Gula

Gula merupakan salah satu cara efektif untuk memutihkan ketiak kerana gula memiliki butiran yang sedikit kasar. Ini dapat membantu pengelupasan sel kulit mati. Korang boleh campurkan minyak zaitun atau madu bersama gula dan gosokkan sebanyak 3 kali seminggu.

7. Lidah buaya

Lidah buaya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita kerana isi pokok lidah buaya mempunyai vitamin C dan airnya mampu melembabkan kulit ketiak kita.

Haa, sekarang dah tahu kan? Untuk menampakkan kesan yang lebih efektif dan berkesan, korang kena la selalu amalkan dan jangan pernah skip rutin ni okay? Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my