Serious?!

Ketika artis Korea mati bunuh diri, ini 5 lagu BTS wajib dengar menghadapi depresi

Oleh  | 

BEBERAPA tahun lepas, sis mempunyai seorang kawan baik. Dia kehilangan ibu dan ayahnya di tahun akhir universiti. Dia hanya tinggal berdua bersama-sama abangnya. Abangnya pula ada masalah pergerakan. Sis selalu nampak tweet menyatakan betapa dia sangat merindui kedua ibu dan ayahnya serta memiliki beberapa tanda kemurungan. Daripada menjadi seorang gadis yang suka menangis, dia perlahan-lahan berubah menjadi seorang gadis yang tabah semenjak   menyukai penyanyi berkumpulan dari Korea iaitu BTS.

Bagaimana kumpulan BTS ini boleh mengubah kawan sis yang sedang sangat sedih dan berseorangan itu? Tiada siapa boleh menidakkan bagaimana muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan, memberi semangat dan membuat kita tidak berasa seorang diri untuk menghadapi hidup.

via GIPHY

Ketika ramai artis Korea yang satu per satu mati akibat depresi. Kumpulan BTS ini nampaknya selalu dikaitkan dengan membawakan lagu yang meminta orang ramai menyayangi diri sendiri. Bukan itu sahaja, ahli kumpulan BTS juga pernah beberapa kali bercakap tentang depresi secara terbuka. Berikut adalah 5 lagu yang dinyanyikan ahli BTS yang boleh membantu seseorang yang bergelut dengan depresi.

Moonchild

Dalam lagu ini menceritakan semua orang akan menghadapi masalah dalam hidup. Namun ia menyakinkan pendengar bahawa kita semua mempunyai kuasa untuk bersinar walaupun di dalam kegelapan seperti bulan.

Piece of Peace

Dalam lagu ini menceritakan semua orang mempunyai impian. Namun, apa yang diperlukan ialah kesungguhan walaupun ia berdepan dengan pelbagai cabaran. Dalam lirik lagu ini juga ada menyebut tak kiralah siapapun kita, semua orang pernah melakukan kesilapan. Setiap daripada kita mempunyai maksud bahagia yang tersendiri dan kitalah yang menentukan jalan mana yang kita mahu lalui.

Magic Shop

Katanya lagu ini dibuat oleh ahli paling muda dalam BTS, Jungkook. Lagu ini sebenarnya dicipta untuk peminat mereka yang sedang sedih atau penat dengan hidup. Jungkook membayangkan ada sebuah tempat yang dipanggil ajaib Magic Shop yang terletak di dalam hati ahli BTS. Jadi, peminat mereka boleh mendengar lagu mereka jika merasa keseorangan.

Lights

Lagu ini memang menceritakan bagaimana seseorang tidak perlu merasa keseorangan. Ini kerana, kehadiran seseorang boleh memberikan cahaya dalam hidup orang lain. Dalam lagu ini juga menceriakan bahawa tiada apa yang sempurna dan tiada apa yang kekal termasuklah kesedihan dan kesunyian kita. Kalau tengok MV pun menunjukkan mesej yang sama.

Answer: Love Myself

Lagu yang meletup ini memang pernah menggegarkan carta Billboard 200 pada bulan Mei. Mesej dalam lagu ini sangat penting dan jelas iaitu mencintai diri sendiri. Tak ada orang lain yang boleh mencintai diri kita melainkan diri kita sendiri walaupun kadangkala sukar sekali untuk kita menghargai diri sendiri. Apabila seseorang merasa betapa pentingnya dirinya, sudah pasti dia tidak akan ingin untuk mati.

Mana peminat Army semua, ada berita gembira ni sis nak roger. Korang boleh dapatkan barangan eksklusif BTS tau iaitu BTS Billboard Limited Edition Pack dekat Superdeals!

Korang boleh dapatkan diskaun 15% kalau korang pre order siap-siap dekat Superdeals sebelum 5 Nov. Apa nak diskaun lagi? Itu tak jadi masalah. Gunakan kod DHIABTS10 untuk diskaun tambahan sebanyak RM10. Fuh jimat kaw kaw. Ingat tau, promosi ni hanya ada dekat Superdeals sahaja. Sekali lagi sis cakap dekat Superdeals  sahaja. Tak payah tunggu lagi, takut terbawa sampai mimpi. Jom beli sekarang sementara stok masih ada.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my