Serious?!

Ketika kecoh Lady Gaga rampas kekasih orang, ini respon kekasih Bradley Cooper…

Oleh  | 

KALAU dah namanya Anugerah Oscars, memang semua mata akan tertumpu kepada artis-artis yang hadir. Bagi tahun 2019, antara nama yang trending termasuklah Lady Gaga dan Bradley Cooper.

Baru-baru ini berita putus tunang Lady Gaga telah tersebar. Mulalah ada khabar angin mengatakan bahawa pelantun lagu Million Reasons itu mempunyai hubungan istimewa dengan Bradley Cooper. Tambahan pula, mereka dilihat sungguh beremosi semasa menyanyikan lagu Shallow di pentas Oscars.

Ketika khabar angin mengenai hubungan mereka diperkatakan, kekasih kepada Cooper, Irina Shayk yang juga merupakan seorang model dilihat sangat gembira dan berbangga menyaksikan persembahan pasangan A Star Is Born itu.

Semasa di dalam Dolby Theatre Hollywood, Shayk dilihat duduk di barisan hadapan antara Cooper dan Gaga. Ketika Cooper dan Gaga melangkah ke pentas bersama-sama, Shayk memberikan tepukan bersemangat kepada mereka.

FOTO: Elle

Terdahulu, Shayk dan Cooper dilihat bergandingan semasa acara karpet merah dan memberikan pose romantis dan sweet bersama-sama.

Ha, nampak tak sebenarnya mereka tak ada apa-apa masalah pun. Apapun, tahniah kepada semua pemenang Anugerah Oscars!

Sumber: E!

BACA: Oscars 2019 : Billy Porter tampil ‘daring’ dengan ‘tuxedo gown’

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my