Serious?!

ketulan keras bawah kelopak mata, itu mungkin Chalazion!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy!  Ha kalau sebut gadis trendy, mesti ramai yang diantara korang ni kaki make up kan?  Korang tahu tak make up itu sebenarnya boleh membahayakan kesihatan mata?

Sis bukan nak salahkan korang yang nak  melawa tu. Sebenarnya, korang boleh je make up tanpa merosakkan kulit lebih-lebih lagi bahagian mata.

Akan tetapi korang kena pastikan bila korang nak buang make up tu, wajib pastikan betul-betul bersih! Kalau tidak, kemunculan jerawat dan jeragat yang tidak diundang itu cukup meriah lagi!

via GIPHY

Bila sembang pasal membersihkan make up pada muka ni, sis nak tekankan sedikit pada bahagian mata. Bahagian mata kita ni, kebanyakkannya menjadi kegemaran ramai orang. Of course lah! Baru lah nampak seri dan aura menaik.

Ada sebab mengapa sis sarankan dekat korang untuk betul-betul bersihkan make-up pada bahagian mata tu. Ini sis yang alami sendiri pengalaman ini tau! Sis pun sebenarnya pengemar dalam menghiaskan wajah dengan make up ni. Mungkin sis terlepas pandang untuk membersihkan bahagian mata tu dengan teliti.

via GIPHY

Tak pasal-pasal kelopak mata sis ada benjolan yang keras! Sis sangkakan ketumbit, tapi tak pula sakit dan setelah berbulan mencuba untuk merawat, hasilnya tetap tak berhasil. Oleh sebab itu, sis mengambil keputusan untuk pergi ke hospital dah memeriksa apa sebenarnya ketumbuhan di bahagian kelopak mata ni.

Setelah diperiksa, rupa-rupanya sis terkena penyakit yang digelar Çhalazion. Chalazion ini merupakan ketulan yang kecil atau cyst yang tumbuh pada dalam kelopak mata dan ia boleh kekal selama berbulan dan selalunya tak sakit apa bila di sentuh.

Foto:www.eyesurgeonspc.com

Doktor memang sarankan supaya sis buat pembedahan kecil pada bahagian mata tersebut dan apabila di tanya apa puncanya, adalah disebabkan kotoran atau lebihan minyak yang tersangkut pada kelopak mata. Dah tak pasal-pasal kena bedah kelopak mata tu. Bermula dengan dibius, dilipat dan di korek pula!

Yang paling membuatkan sis serik adalah, apa bila sis terpaksa melihat sendiri apa yang dilakukan oleh doktor tu pada mata sis! Ngeri beb. Memanglah tidak terasa sakit disebabkan bius, dah habis je ubat bius tu mulalah berdenyut! Untuk proses sembuh tu pulak, ambil masa lebih kurang dua minggu dan seminggu lebih tu memang kena pakai eye patch tu dan kena habiskan ubat yang diberi.

via GIPHY

Bila ditanya tentang punca, rupa-rupanya ada kaitan juga dengan pemakaian make up pada bahagian mata! Walaupun dah menggunakan pencuci khas untuk bersihkan solekan pada muka, korang sebenarnya kena lebih teliti lebih-lebih lagi jika pakai maskara.

Doktor pakar yang membedah kelopak mata sis tu, tinggalkan pesanan dan sis nak kongsikan dekat korang juga supaya korang tak perlu jalani pengalaman perit ni okay? Pesanan yang ditinggalkan adalah korang wajib teliti dalam pembersihan make up kerana kulit kita ni ada liang pori yang terbuka.

Oleh sebab, itu untuk mengelakkan daripada terkumpul dan kotoran tersumbat, korang wajib bersihkan dengan teliti. Kalau boleh perhatikan betul-betul dekat bahagian bulu-bulu mata tu okay? Semoga artikel ini dapat membantu korang utnuk lebih berhati-hati dalam pembersihan make up daripada kulit kita okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my