D-Life

Khasiat Madu Lebah Yang Korang Kena Tahu

Oleh  | 

MADU lebah adalah makanan semula jadi yang sangat berkhasiat dan mempunyai banyak kelebihan tak kira lah dari segi dalaman ataupun luaran badan itu sendiri.

Kebanyakkan orang yang suka amalkan makan madu adalah orang lebih berusia berbanding kita. Ini mungkin disebabkan banyak orang muda kurang tahu tentang khasiat madu pada kesihatan tubuh badan kita.

Madu adalah diantara alternatif yang boleh digunakan jika korang nakkan makanan yang manis tetapi tidak mahu mengambil gula. Madu juga bebas dari kolestrol, lemak dan sodium tak hairan lah makanan ini menjadi makanan sunnah. Disini sis nak kongsikan kelebihan madu lebah yang korang boleh guna bila-bila masa.

Madu dari Segi Kesihatan Dalaman

Madu adalah ubat semula jadi yang boleh digunakan oleh korang untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Malahan ianya mampu memberikan tenaga kepada kita kerana ianya mampu untuk menambahkan sel darah merah.

Ianya juga sesuai untuk merawat batuk ringan dan asma dan juga boleh digunakan boleh digantikan sebagai gula kerana ianya mempunyai rasa yang manis seperti gula namun lebih menyihatkan kerana tiada pemprosesan yang berlaku. Selain itu, madu mempunyai vitamin dan mineral yang akan membantu dalam kecerdasan dari segi fizikal dan mental.

Madu Mampu Merawat Kulit

Kelebihan madu ini juga yang korang patut tahu adalah ianya mampu untuk merawat kulit. Ianya sesuai untuk melembapkan kulit korang yang kusam tu dan mampu menaikkan seri wajah.

Selain itu, madu juga boleh digunakan sebagai lip balm kerana ianya dapat mengurangkan masalah bibir kering. Malahan, madu juga terbukti mampu mengurangkan maslaah kelemumur dan keguguran rambut kerana ianya membantu merawat kulit kepala.

Madu Di dalam Masakan

Madu adalah bersifat anti bakteria jadi ianya sangat sesuai digunakan untuk membersihkan makanan mentah. Hanya dengan mencuci menggunakan madu ianya dapat mengelakkan bakteria dalam makanan mentah.

Selain itu, madu juga sangat bagus digunakan sebagai bahan masakan kerana ianya mampu membantu dalam mengurangkan penggunaan gula dan membantu dalam proses pencernaan makanan.

Sis harap lepas korang tahu 3 kelebihan utama madu lebah ni, korang amalkan pengambilannya setiap hari okay? Kalau tak rugi tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my