Serious?!

Kisah 3 banduan di Alcatraz lari dari penjara yang paling ketat di dunia

Oleh  | 

SEBUAH penjara Alcatraz yang terletak di San Francisco Bay, California merupakan sebuah penjara yang dibina khas untuk mengagalkan niat atau rancangan para banduan yang cuba melarikan diri daripada menjalani hukuman penjara.

Penjara ini dibina di tengah-tengah laut. Bukan itu sahaja, penjara ini dikelilingi arus laut yang sangat kuat dan sejuk serta kawasan batu yang merbahaya. Kawasan laut dipenjara ini merupakan kawasan aktif jerung dan ramai banduan yang lemas dan mati ditembak ketika cuba untuk melarikan diri.

Penjara ini dikawal ketat oleh pihak berkuasa untuk memastikan banduan tidak mempunyai peluang langsung untuk melarikan diri. Penjara ini sangatlah bahaya sehinggakan mempunyai rekod lebih daripada 36 banduan mati ketika cuba untuk melepaskan diri daripada Alcatraz ini.

Meh sini sis ceritakan sikit pasal penjara ini. Pulau Alcatraz ini mengamalkan sistem ”head counts” sebanyak 12 kali dalam masa satu hari dan para pengawal akan memastikan segala perbuatan dan juga percakapan di antara banduan di dengar. Bukan setakat itu sahaja, sampaikan eye contact pun diperhatikan!

Banyak lagi sistem kawalan ketat yang dijalankan di penjara Alcatraz ini dan sememangnya teramatlah mustahil untuk melarikan diri daripada tempat ini.

Namun, pada 12 June 1962, tiga banduan dilaporkan hilang! Dua beradik John dan Clarence berserta seorang lagi rakan mereka yang bernama Frank Morris dipercayai telah melepaskan diri daripada Alcatraz.

Foto:cdn.editorchoice.com

Foto:cdn.editorchoice.com

Rancangan memboloskan diri  mereka hanya diketahui apabila mereka tidak dapat dikesan lagi oleh para pengawal. Frank Morris bersama 4 orang rakannya merancangan untuk membebaskan diri daripada Alcatraz selama beberapa bulan dan pada awal rancangan, mereka mula menggali dinding konkrit menggunakan sudu ke ventilator shafts atau ruang pengudaraan.

Foto:cdn.editorchoice.com

Setelah berjaya digali mereka mencipta kepala palsu yang diperbuat dengan kertas dan diwarnakan sehingga kelihatan seperti kepala manusia yang agak sama seperti rupa masing-masing. Untuk memastikan mereka lepas daripada lautan yang sejuk dan jerung, mereka menggunakan rakit yang diperbuat daripada hasil curi baju hujan daripada penjara.

Foto:cdn.editorchoice.com

 

Tugasan ini dibahagikan antara mereka untuk memastikan rancangan berjalan dengan lancar. Seperti tugas untuk membuat kepala tiruan di jalankan oleh kedua beradik manakala Frank menjalankan tugas yang lain. Setelah rancangan mereka lengkap, mereka mula memulakan langkah melarikan diri dari Alcatraz.

Di Alcatraz, banduan mempunyai hak untuk memainkan muzik pada setiap malam dan tidak menjadi masalah jika muzik tersebut kuat atau perlahan. Dengan menggunakan peluang ini, banduan-banduan ini menutupi bunyi kerja memecahkan paip dan dinding untuk membuka laluan rahsia mereka.

Foto:cdn.editorchoice.com

Setelah beberapa bulan bekerja menyediakan keperluan yang diperlukan, mereka akhirnya berjaya menghilangkan diri daripada penjara tersebut tanpa dikesan.

Sehingga kini hanya seorang daripada 4 orang itu gagal untuk melarikan diri dan tiga orang lagi masih lagi tidak diketahui kedudukkan mereka! Ada yang menyatakan munculnya surat misteri yang mengatakan penulisnya adalah salah soerang yang telah berjaya melarikan diri namun kesahihanya tidak ketahui.

Foto:cdn.editorchoice.com

Ada juga beberapa keping gambar  mereka yang muncul setelah beberapa tahun keadaan mereka tidak ditemui. Namun sejauh mana kebenaran tentang mereka ini masih hidup atau tidak masih lagi kekal misteri sehingga kini!

Foto:cdn.editorchoice.com

Sumber:Independent.co.uk

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my