Dhiaventure

Kisah ‘ditegur’ lembaga seperti askar dan ketukan misteri

Oleh  | 

KALAU nak cerita tentang kisah seram tetang hantu askar atau tentera ini, sejak kecil lagi kita dah dengar.

Oleh sebab dah terlalu kerap sangat kita dengar, most of the time kita rasa benda tu hanyalah propa semata-mata.

Kali ini Syai dan Amir yang juga merupakan ahli team paranormal Seekers yang terkenal bercerita tentang misteri ketukan misteri dan bayangan kaki berseluar askar.

FOTO: livejournal.com

Kisah ini terjadi dekat rumah Syai sendiri waktu dia masih kecil. Waktu itu sepatutnya dia dan adik-beradiknya  pergi kelas mengaji Al-Quran. Entah mengapa hari itu dia sangat malas. Lalu Syai pun tidurlah di ruang tamu.

“Aku tersentak sebab aku dengar satu ketukan pintu yang sangat kuat. Bila aku bangun, aku nampak ada bayangan kaki manusia yang pakai seluar askar.

“Aku bingkas bangun dan duduk atas sofa dan terfikir apa benda aku nampak tadi?,” cerita Syai.

Selang beberapa minit lepas itu, Syai pun kembali melelapkan mata. Tapi setakat tidur-tidur ayam.

“Kali kedua aku buka mata sikit, aku nampak kaki itu berjalan ke arah aku. Aku terus bangun dan duduk di luar pintu.

“Waktu itu, badan aku terus rasa seram sejuk dan demam yang menggigil. Bila masuk hari kedua demam, orang tua aku terus risau dan bawa pergi klinik.

“Tapi doktor kata suhu badan aku normal.”

via GIPHY

Kemudian doktor tersebut berbual dengan orang tua Syai. Tak tahu apa yang dibualkan, namun selepas itu bapa Syai membawanya ke rumah seorang ustaz.

“Aku sampai je dekat rumah ustaz. Dia tak bagi aku masuk. Dia suruh aku ambil wuduk, baca selawat dan hentak kaki kanan baru boleh masuk.

“Dia ada tanya beberapa soalan macam ada buat apa-apa ke?”

Kantoilah yang Syai tak pergi mengaji dan tidur di rumah. Kemudian ustaz itu kata:

“Sebenarnya kau kena tegur. Ada juga kebaikkan kau kena tegur sebab kau tidur lepas asar. Keburukkan sebenarnya benda itu ikut ke mana kau pergi.

Kemudian ustaz itu beri air dan selawatkan. Kemudian dia tarik ubun-ubun rambut dan rentap. Ustaz sempat pesan kalau ada mimpi pelik-pelik, esok datang lagi.

“Alhamdulillah, lepas daripada itu aku tak mimpi dah,” ujar Syai.

Cerita Syai kali ini sebenarnya membuktikan rupanya nasihat orang lama-lama macam tidur lepas asar ada betulnya. Nasihat itu rupanya sangat bermakna dan bukan hanya mitos semata-mata. So korang semua, hati-hati kalau nak tidur lepas ini. Jangan tidur lepas asar, tak elok!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my