Serious?!

Kisah dogeng seram ‘Kapten John’ muncul tanpa kepala di………..

Oleh  | 

KISAH-KISAH seram ini bila kita dengar, tetap meremang bulu roma walaupun ianya kisah dongeng! Sesetengah orang memang suka melayan cerita-cerita seram ni. Lagi-lagi bila korang tengah berkumpul dengan kawan nak buat sleepover ke kan. Memang best bertukar-tukar kisah seram ni.

Kali ini sis nak kongsikan kisah dogeng seram di mana kisah ini mengisahkan tentang sejenis hantu yang tidak mempunyai kepala! Ha yang ni sejauh mana kebenarannya sis tak pasti sebab, ada mendengarkan ura-ura, kisah ini ada dua versi.

via GIPHY

 

Meh sini sis kongsikan pada korang versi pertama. Kisah pertama menyatakan kisah seorang pegawai British yang ditahan ketika perang dunia ke dua. Kisah ini bermula apabila Jepun menjajah Tanah Melayu pada ketika itu dan Kapten John ini dikatakan menjadi tahanan tentera Jepun.

Kapten John dikatakan mempunyai permintaan terakhir iaitu teringin nak makan sebiji telur rebus. Untuk menunaikan permintaan terakhir Kapten John, mereka pun usahalah untuk memberikan Kapten John itu makan.

via GIPHY

 

Namun, sebelum sahaja sempat dia makan telur rebus tu mereka terus memancung kepala Kapten John menggunakan pedang samurai Katana. Oleh sebab itu, mereka pun mendakwa roh Kapten John akan tercari-cari telur rebus tu kerana mati kepunan.

Sekian sahaja kisah seram yang sis kongsikan pada korang semua. Mana tahu kalau korang tak ada idea nak bertukar cerita, ha boleh lah gunakan kisah seram ni!

via GIPHY

 

Semoga terhibur!

Sumber:Thepatriots.asia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my