Serious?!

Kisah Edmund Kemper seorang pembunuh bersiri yang genius

Oleh  | 

DALAM banyak-banyak kes yang sis baca tentang pembunuh bersiri , sis rasa kes dia ni adalah antara yang paling teruk dalam sejarah bunuh-membunuh ni.

Seorang lelaki yang bernama Edmund Kemper atau lebih dikenali sebagai Ed Kemper mempunyai IQ setinggi 145. Selalunya manusia normal macam sis ni tingkatan IQ adalah 90-109 je. Namun kepandaiannya itu tidak digunakan dengan baik sebaliknya,

Dalam kehidupan awal lagi, Ed kemper atau Big Ed mempunyai kehidupan sukar dan tidak seperti kanak-kanak yang normal. Sejak kecil lagi Edmund Kemper sering didera secara emosi dan juga fizikal.

Pembunuh ini amat membencikan ibunya kerana ibunya sering mabuk dan meluahkan kata-kata yang tidak sepatutnya pada Ed.Bukan setakat itu sahaja, ibunya juga turut memaksa lelaki ini untuk tidur di dalam bilik bawah tanah kerana mempercayai dia akan merogol adik perempuannya.

Pada ketika umur 15 tahun, Ed di hantar untuk tinggal berapa atuk dan neneknya dimana tidak lama selepas tinggal bersama mereka, Ed terlibat dengan pertengkaran lalu menembak kepala neneknya. Apabila datuknya pulang, Ed turut membunuh beliau.

Setelah ditanya pihak polis, Edmund memberikan jawapan dengan selamba mengatakan dia hanya ingin tahu bagaimana rasanya untuk membunuh neneknya. Oleh disebabkan itu, Edmund menjalani pemeriksaan mental dan didapati lelaki ini disahkan menghidap paranoid schizophernia.

Setelah dibebaskan, pembunuh bersiri ini dihantar pulang semula pada ibunya. Hampir setiap malam Ed akan bergaduh dengan ibunya yang berada dalam keadaan mabuk. Disebabkan penuh dengan perasaan dendam dan marah, Ed melepaskan geram dan nafsu seksualnya pada 6 mangsa pelajar wanita dengan cara yang paling kejam dan jijik sekali.

Foto:www.oxygen.com

Edmund akan menjemput pelajar wanita kedalam keretanya sebelum membunuhnya kemudian. Setelah mangsa dibunuh, Edmund akan memutuskan kepala mangsa lalu melakukan aktiviti seksual bersama kepala, badan dan badan yang telah diputuskan kepala.

Foto:allthatsinteresting.com

Mangsa yang terakhir adalah ibunya sendiri apabila Edmund sendiri menyedari yang dia terlalu kecewa dengan sikap ibunya yang suka menghina, memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat selama dia membesar. Setelah membunuh ibunya, dia menyerahkan diri pada pihak berkuasa.

Pembunuh ini meminta hukuman mati dengan cara didera sehingga mati. Akan tetapi ditolak, malah dia menjalani 8 kali hukuman mati.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my