Serious?!

Kisah pembunuh yang menggunakan Twitter untuk mencari mangsa

Oleh  | 

SIAPA sangka social media seperti Twitter dijadikan sebagai tempat untuk mencari mangsa bunuh?  Ini kisah yang sis nak ceritakan dekat korang  mengenai seorang lelaki di Jepun yang menggunakan Twitter akaunnya untuk mencari mangsa bunuh.

Takahiro Siraishi membunuh 8 orang wanita dan menggunakan harta mangsa bunuhan nya itu untuk menyara hidupnya sendiri. Bukan setakat itu sahaja niatnya, Takahiro turut memuaskan nafsunya sebelum akhirnya membunuh mangsa-mangsa tersebut.

Takahiro menggunakan taktik dimana mangsa mencari dirinya sendiri dan bukan dia yang mencari mangsa untuk dibunuh. Lelaki ini menggunakan akaun Twitternya untuk menarik mangsa yang tertekan dengan masalah hidup lalu ingin membunuh diri.

Foto:cdn.shopify.com

Sis cuba jugak fikir apa puncanya lelaki ini sanggup membunuh 8  wanita tersebut. Sumber mengatakan Takahiro  menjalani kehidupan yang normal dan tidak pernah dibuli atau didera pada awal kehidupannya.

Pernah ada satu ketika ini, Takahiro pernah bermain cekik mencekik bersama rakan-rakannya dan pernah pengsan dan disebabkan kejadian itu, Takahiro menggunakan kaedah yang sama untuk membunuh mangsa-mangsanya.

Lelaki ini pernah bekerja sebagai tukang mencari wanita untuk dijadikan pelacur di sebuah kelab di Jepun. Oleh sebab pekerjaannya itu, Takahiro pernah ditangkap dan dipenjarakan. Setelah bebas, dia seolah-olah mula berubah dan pernah menyatakan putus asa pada ayahnya sendiri.

Foto:cdn.shopify.com

Tidak lama selepas itu, Takahiro Siraishi mula menubuhkan akaun Twitter dengan menyatakan dirinya adalah sebagai seorang pakar tukang gantung.  Pembunuh bersiri ini mengumpan mangsa-mangsa yang mempunyai niat untuk membunuh diri lalu menjemput mereka untuk berjumpa di rumahnya.

Foto:www.businessinsider.my/takahiro-shiraishi

Setelah melakukan perkara yang seksual terhadap mangsa, Takahiro mula mencekik mangsa sehingga mati. Pembunuh ini ditahan apabila pihak polis menjumpai 240 serpihan tulang, anggota badan dan kepala milik mangsa-mangsanya.

Korang pengguna social media tu sis nak nasihatkan jangan mudah terpedaya dan kalau korang stress atau kemurungan, cari lah jalan yang betul untuk rawat jiwa tu okay? Nak cerita dekat sis pun boleh!

 

Sumber:Thepatriots.asia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my