Dhiaventure

Kisah seram ‘ditegur’ lembaga hitam di kilang, lihat apa dilakukan lelaki ini…

Oleh  | 

Paranormal

KALI ini di podcast Ais Kacang, lelaki bernama Syai berkongsi pengalamannya ‘ditegur’ lembaga hitam ketika dia bekerja di sebuah kilang.

Waktu kerja di kilang berkenaan bermula pada jam 6 petang sehingga jam 5 pagi.  Biasanya mereka akan dipecahkan kepada  dua kumpulan.

Oleh sebab keadaan tempat kerja bising, Syai dan pekerja di sana biasa untuk bercakap jerit-jerit.

Kelibat hitam di tingkap

via GIPHY

“Malam itu, aku tengah buat kerja. Tiba-tiba aku dengar orang panggil. Tapi tak ada orang dekat office. Kalau ada pun jauh dari aku. Kami biasa menjerit kalau nak panggil orang. Tapi kali ni suara orang panggil tu macam kat sebelah je.

“Aku nampak ada kelibat hitam dekat tepi tingkap.  Waktu itu aku berganjak juga selangkah ke belakang.” Cerita Syai.

Syai mendiamkan perkara itu. Ketika mereka sedang berkumpul untuk makan malam, barulah Syai membuka mulut.

Namun semua terdiam. Selepas itu barulah masing-masing bercerita pernah mengalami situasi yang sama.

Entiti menyerupai diri sendiri

via GIPHY

Situasi seterusnya berlaku ketika Syai sedang solat maghrib.

“Waktu solat, kali pertama mata aku terpandang cermin, aku nampak diri aku. Kali kedua aku pandang cermin, aku nampak orang lain berdiri sama tinggi tapi dia besar dan muka lain. Dia gelak pandang aku.”

Menyedari makhluk itu hanya ingin menggangunya. Maka Syai meneruskan solat seperti biasa. Namun, bukan hanya Syai yang mengalami pengalaman itu. Ia turut dialami oleh rakan sekerjannya yang lain.

Peristiwa aneh berlaku apabila mereka terlihat Syai di mana-mana sedangkan pada waktu itu dia berada di tempat yang lain.

Syai memasang surah Ruqyah dan surah Al Jin. Tapi makin  banyak pula gangguan yang muncul selepas itu seperti pintu dan lampu akan terbuka tiba-tiba juga bunyi pintu berdentum. Terdapat pula cerita bos kononnya terdengar seperti ada orang sedang mandi di bilik air. Bila diintai, rupa-rupanya tiada orang di sana.

Aish macam-macam kisah yang diceritakan Syai. Kalau korang ada kisah yang sama, apa kata korang share dengan kami.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my