Serious?!

Kisah si pembunuh kanibal, keinginan memakan daging manusia! Bahagian 1

Oleh  | 

ARMIN MEIWES merupakan seorang lelaki yang dilahirkan di German dan pakar teknikal bahagian komputer berjaya mendapat perhatian dunia di mana ia dituduh membunuh dan memakan seorang lelaki.

Kes Armin Meiwes mendapat perhatian dunia kerana terlalu ‘rare’.  Apa yang menyebabkan kes ini begitu eksklusif adalah mangsa memberi persetujuan untuk dirinya dimamah oleh Armin Meiwes!

Kehidupan awal si pembunuh kanibal ini menjalani kehidupan yang tidak normal. Dia dikawal sepenuhnya oleh ibunya membuatkan Armin tidak melalui zaman kanak-kanak yang normal. Bukan itu sahaja, ketika Armin masih kecil, lelaki ini membaca sebuah kisah dongeng yang bertajuk ‘Hansel & Gretel’ dimana ia mempunyai unsur-unsur kanibalism.

Foto:upload.wikimedia.org

Daripada pendedahan tersebut, Armin mula mempunyai fantasi untuk memakan daging manusia. Armin Meiwes juga turut mempunyai fantasi di mana dia berimaginasi makan rakan-rakannya. Setelah ibunya meninggal dunia, dorongan untuk mengunyah daging manusia semakin kuat dan tidak mampu untuk dikawalnya.

Foto:66.media.tumblr.com

Lelaki kanibal ini menceritakan kisahnya dengan terperinci bagaimana dia berjaya mendapatkan mangsa dan bagaimana dia memakan daging manusia tersebut. Armin memuat naik iklan dimana dia mencari mangsa yang rela untuk dibunuh dan dimakan di sebuah laman sesawang yang menyokong kanibalism.

Foto:krypt3ia.wordpress.com

Dengan tidak menyangka akan mendapat reaksi, Armin mendapat banyak respon terhadap iklannya itu. Namun ramai yang tidak berani meneruskan perjanjian itu pada saat akhir dan merubah fikiran.  Pada March 2001, Armin membunuh seorang lelaki dan memakan daging sambil minum minuman keras.

Akhirnya, seorang lelaki yang bernama Brandes memberi respon dan meneruskan agenda gila si Armin ini. Lelaki ini berani meneruskan agenda ini kerana dia juga turut mempunyai fantasi yang gila dimana dia adalah seorang sadism.

Foto:The Sun

Bagi korang yang tidak tahu, sadism adalah keinginan untuk memperoleh kepuasan nafsu seksual melalui kesakitan fizikal yang dialaminya dengan sengaja. Oleh sebab itu, kedua mereka ini serasi untuk meneruskan perjanjian gila ini. Armin merakam segala perbuatan dia dan juga mangsa di mana dia didapati memotong kemaluan Brandes setelah Brandes menelan lebih kurang 20 biji pill tidur dan sebotol ubat batuk.

Apa yang berlaku selepas itu?

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my