Serious?!

“Kita selalu lupa…” pesan Sharifah Amani undang sebak

Oleh  | 

FILEM  Gol & Gincu 2 telah kembali ke layar perak setelah 13 tahun tempoh ia diterbitkan. Jika dahulu Fazura menjadi watak utama yang menggerakkkan filem ini, namun nampaknya kali ini ia dihiasi dan diserikan dengan lakonan  bintang handalan seperti Diana Danialle, Ummi Nazeera, dan Syafiq Kyle. Namun begitu, Sharifah Amani dan Sazzy Falak masih lagi dikekalkan untuk menjadi sebahagian daripada filem ini.

Hasil sentuhan Umi Salwana Omar ini  ternyata membawa mesej yang sangat besar khususnya dalam rutin kehidupan golongan muda yang sering mencari identiti diri. Apalagi di zaman media sosial hari ini, ramai yang cepat berasa insecure apabila melihat rakan mereka lebih bahagia di media sosial.

FOTO: Instagram Sharifah Amani

Untuk bercerita lebih lanjut, team Dhia sempat menghubungi Sharifah Amani untuk kita tanya respons beliau tentang isu self esteem.

Gadis yang lebih mesra disapa Nani itu mengingatkan  agar gadis di luar sana tidak terpedaya dengan apa yang dipaparkan di laman sosial seseorang.

“Keluar dan nikmatilah hidup. Jika kita membandingkan hidup dengan orang lain, ia hanyalah perkara yang sia-sia.

“Kamu boleh berjumpa orang baru, menonton filem, membaca buku, atau mengembara untuk melihat dunia. Mengapa bersembunyi di sebalik alam  maya?” ujarnya.

FOTO: Instagram Sharifah Amani

Menurutnya lagi, kita sebagai manusia selalu terlupa dengan apa yang miliki. Tuhan telah menghadiahkan kita deria untuk kita berusaha dalam mencapai cita-cita.

Bercakap tentang filem terbaharunya itu, Nani mengajak semua untuk mengunjungi pawagam terdekat untuk merasai pengalaman menonton filem yang dimeriahkan dengan persahabatan, girls power dan bermacam-macam lagi

“Jika kamu sedang kecewa  dan memerlukan sesuatu untuk menceriakan hati kamu. Gol and Gincu adalah filem yang terbaik. Cubalah!” katanya.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my