Dhiaventure

KL tersenarai tempat terbaik dilawati di Asia 2020

Oleh  | 

TAK lama lagi nak memasuki tahun 2020. Korang dekat luar sana tu mesti ada yang dah start berangan untuk melancong ke beberapa tempat atau tengok harga tiket kapal terbang, kan?

Kalau korang nak tahu, negara Asia ini banyak sahaja tempat seronok kalau korang nak pergi. Jadi, dalam artikel kali ini, sis nak roger senarai tempat di Asia yang sikatakan paling terbaik nak dilawati pada tahun 2020.

Menurut Travel & Lessure, berikut adalah destinasi percutian paling terbaik di Asia pada tahun hadapan.

via GIPHY

Beijing, China

via GIPHY

Selepas China membuka lapangan terbang bernilai 25 billion yang direka oleh Zaha Hadid. Dengar cerita ia bakal menarik lebih ramai pelancong dengan kemudahan seperti spa, restoran, hotel butik, kolam renang dan perpustakaan.

Kuala Lumpur

Kalau ke Kuala Lumpur, pergilah ke tempat seperti Penang dan Melaka yang mempunyai nilai budaya dan sejarah. Ledakan hotel dan restoran seperti the W hotel.

Kyoto, Jepun

Bila Sukan Olimpik akan diadakan dekat Kyoto, sudah semestinya industri pelancongan mereka akan meningkat. Mereka pun akan buka hotel dekat kaki bukit seperti Park Hyatt Kyoto, Ace Hotel dan Aman Kyoto. Rekaan hotel pun memang minimalis.

Singapura

Selepas hotel paling ikonik iaitu Raffles Hotel dibuka pada tahun ini. Katanya ia bakal menarik lebih ramai pelancong. Bukan itu sahaja, Changi Airport pun memang terkenal sebagai lapangan terbaik terbaik dunia dengan tamannya yang indah dan air terjun yang menenangkan.

Songyang County, China

Sejak tahun 2014, seorang arkitek Xu Tiantian telah merombak kampung-kampung di rantau ini dan membina banyak bangunan indah yang boleh menarik pelancong untuk datang.

Jadi, demikianlah antara senarai tempat dekat Asia yang korang boleh pergi. Best, kan?

 

*Oh ya kawan-kawan, tahu tak superdeals ada buat tawaran kad jemputan. Boleh check kat sini tau.

 

Sumber: businessinsider

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my