Dhiaventure

KL tersenarai Top 10 ‘port’ makanan paling ‘Instagrammable’, tahniah Malaysia!

Oleh  | 

HOORAY! Hooray! Ini berita baik untuk rakyat Malaysia menjelang nak cuti raya ini. Sebuah kajian yang dilakukan Hoppa, iaitu sebuah syarikat dari United Kingdom menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai Top 50 destinasi paling Instragrammable.

Ha, memang sangat sesuai la untuk kaki foto dan traveller memuat naik gambar mereka di Instagram dan dikongsikan kepada masyarakat dunia.

Ada beberapa aspek yang dinilai dalam kajian itu. Dari aspek suasana, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat paling Inta-worthy meninggalkan Phuket, Budapest, dan Cape Town di belakang kita.

Rasanya semua sudah tahu bahawa Malaysia adalah syurga makanan. Macam-macam juadah wujud dekat Malaysia ini. Yelah, kita pula terkenal dengan bangsa yang berbeza.

Maka, tidak hairanlah jika Kuala Lumpur tersenarai sebagai 10 destinasi makanan paling Instagrammable mengalahkan Singapura dan Melbourne!

Kita sebagai rakyat Malaysia kena hargai apa yang kita ada. Tak semua makanan kita dah cuba, kan? Jadi, ambil masa dan bercuti untuk ajak kawan-kawan korang pergi makan dan berkunjung ke tempat-tempat yang menjadi destinasi paling onz untuk diletakkan di dalam Instagram.

Okey lah, sis nak gerak road trip dengan kawan-kawan ke Batu Caves sambil dengar lagu dalam playlist Hot FM.

Woohoo!

Kami nak ambil gambar macam ala-ala video klip Yuna tu sebelum balik raya minggu depan. Bye!

Sumber: Says.com, Hoppa

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my