Serious?!

Komen Najib Razak, membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan akaun 2

Oleh  | 

SEPERTI yang kita tahu, rakyat Malaysia telah diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan. Ini bermaksud kita semua harus mempunyai sikap tanggungjawab untuk menunaikannya.

Bukan korang tak boleh keluar langsung, sebaliknya mengurangkan atau mengawal pergerakan korang supaya kita dapat membendung penularan COVID-19 ini.

Bila Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan, banyak sektor yang terjejas. Akan tetapi Perdana Menteri telah mengumumkan untuk memberi bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan.

via GIPHY

Siapa golongan bakal terima bantuan ini?

Golongan 1: Pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji:

  • Bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada pekerja setiap bulan untuk tempoh maksimum 6 bulan.
  • Layak untuk pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.
  • Layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Golongan 2: B40 yang layak menerima BR1M/BSH

  • Bayaran sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020 akan diawalkan daripada tarikh asal pada Mei 2020.
  • Bayaran tambahan RM100 pada bulan Mei 2020

Golongan 3: Pengguna Elektrik

  • Diskaun sebanyak 15% bil elektrik untuk sektor pelancongan dari 1 April hingga 30 September 2020.
  • Diskaun sebanyak 2% bil elektrik untuk sektor lain termasuk pengguna domestik dari 1 April hingga 30 September 2020.

via GIPHY

Golongan 4: Kontraktor Kerajaan

  • Projek-projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam PRE2020 oleh PM7 akan mula dilaksanakan pada bulan April 2020.
  • Proses pemberian kontrak akan dipercepatkan

Golongan 5: Pelanggan TEKUN, Bank Rakyat dan SME Bank

  • Pelanggan dibenar tangguh bayaran pembiayaan selama enam bulan.
  • SME Bank tawar dana pinjaman khas RM1 bilion dengan kadar faedah serendah 3.75% kepada semua SME.

Sejurus pengumuman bantuan kewangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib telah memberi komennya tersendiri. Salah satunya adalah memberi kelonggaran pengeluaran KWSP kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian dari baki akaun 2 simpanan mereka pada masa yang amat susah sekarang.

Semoga bantuan yang bakal diberikan dapat membantu kita semua dan apa yang telah disuarakan dapat dipertimbangkan.

Sumber: Oh Bulan

29 Comments

  1. Mohd Hisham

    20 March 2020 at 1:51 pm

    Sangat setuju jikalau dapat pengeluaran wang simpanan KWSP kepada pencarum tanpa had umur untuk menghadapi gejala COVID19 dan sebagai persediaan berkemungkinan buruk yang lebih teruk berlaku

    • SAifuI bahri b khalil

      20 March 2020 at 8:10 pm

      Bsh bujang rm 300 mcmana plk ..tak kn diam je bsh,dengar khabar kerajaan nk bayar bln mac sama dengan isi rumah sekali

  2. James ngau

    20 March 2020 at 3:10 pm

    Saya mahu bantuan dari pihak kerajaan kerana saya belum tahu bagaimana cara nak minta bantuan rm600 sebulan dan loan kereta…saya mematuhi peraturan kerajaan yang telah menjalani sekatan pergerakan akibat covid 19 yang melanda negara kita….

    • Farhana Aniqah Rahmat

      20 March 2020 at 9:47 pm

      Untuk bantuan RM600 artikel akan keluar nanti ye. Semoga dapat membantu.

  3. Ann

    20 March 2020 at 5:10 pm

    Saya pekerja office kontraktor dan terpaksa bercuti kerana masalah yang melanda negara kini..soalan saya bagaimana untuk mendapatkan bantuan rm600 ini..

    • Farhana Aniqah Rahmat

      20 March 2020 at 9:46 pm

      Esok akan keluar artikel bagaimana untuk memohon bantuan RM600.

  4. Abd wahab b kajot

    20 March 2020 at 5:36 pm

    Sgt setuju apa yg dicadangkan DSN mengenai pengeluaran akaun 2 kWSP

  5. Brats

    20 March 2020 at 6:13 pm

    Saya sangat bersetuju kerajaan sekarang memberi kelonggaran untuk PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 Memandangkan keadaan sekarang ni sangat memerlukan..

  6. yusnaidi bin mhd yusoff

    20 March 2020 at 7:52 pm

    Saya setuju dengan cadangan doto’ sri najib tu, kerana saya terpaksa bayar rumah, kereta dan pinjaman bank dan sebagainya, saya harap kerajaan pertimbangkan cadangan ini…….

  7. Muhammad sha bin daris

    20 March 2020 at 7:56 pm

    Cam mana cara nak mohon 600 sebulan dan loan kereta

  8. Roslina bt md daud

    20 March 2020 at 8:18 pm

    Saya setuju kalau pengeluaran akaun 2 kwsp diluluskan disaat ini untuk keperluan harian..

  9. Lukman Salleh

    20 March 2020 at 8:22 pm

    Saranan dari Datok Najib Tun Razak kena pada masanya dimana rakyat amat memerlukan pngeluaran kwsp bg mnanggung sgl perbelanjaan..hrp pihak kerajaan prihatan diatas keluhan rakyat yg bekerja sndiri.. peniaaga maupn freelancers dsbgnya..

  10. JASBIR

    20 March 2020 at 8:35 pm

    Saya setuju….pengeluaran sebahagian akaun 2 kwsp….sebagai pemandu teksi Dan mempunyai anal bini…thanks

  11. Sham

    20 March 2020 at 8:45 pm

    Saya setuju kwsp di keluarkan ac2 bagi yg keja free lunch macam mana? nak harap brim pun tak dapat lg

  12. Ramlah aziz

    20 March 2020 at 8:48 pm

    Saya setuju dgn cdngn dato sri najib utk kwsp..sbb kmi bkn dr klngan org yg senang

  13. Sharifah binti mohd kasrol

    20 March 2020 at 10:57 pm

    Assalamulaikum sy stuju klau kwsp akaun 2 dpt dikeluarkan untk mmbantu mcm sy slalu skit umur 50 masa yg pnjang kdang ada yg x merasa skurang keluar sikit untk mmbantu dn merasa t ksih mf

  14. Kelvin

    20 March 2020 at 11:07 pm

    Saya setuju untuk keluar wang dari kwsp harap pencarum boleh keluar dari akaun 2 kerana untuk perkerja sambilan macam mana minta bantuan kerajaan tak bolehkan jadi harap PM boleh bertimbang perkerja sambilan in i boleh keluar wang dari kwsp untuk masalah sekarang covid-19

  15. Intan Dayana

    20 March 2020 at 11:08 pm

    Ye setuju sangat.tolonglah pertimbangkan

  16. Kelvinl

    20 March 2020 at 11:16 pm

    Saya setuju untuk keluar wang dari kwsp harap pencarum boleh keluar dari akaun 2 kerana untuk perkerja sambilan macam mana minta bantuan kerajaan tak bolehkan jadi harap PM boleh bertimbang perkerja sambilan in i boleh keluar wang dari kwsp untuk masalah sekarang covid-19

  17. Mohd Halmizam Bin A RAHMAN

    21 March 2020 at 12:16 am

    Yang macam aku nie mcmne pulak kerja hari…kalau da kerja ada duit..ni tak bagi kuar rumah macam ne pulak aku nak tanggung anak bini..600 tu memang tak dapatlah…pening2

  18. Juliana bt jamaludin

    21 March 2020 at 12:47 am

    Saya juga bersetuju kwsp akaun 2 dikeluarkan sebab saya nak bantu mak ayah dan saya ni pon bukan orang senang.tambahan pula sy juga ibu tunggal.nak juga ada belanja diri..walaupun xde tanggungan anak tapi sy pon manusia biasa mcm org lain bnyk komitmen nak diurus dan diselesaikan.saya pon ada family nak kena saya bantu..sakit pening belanja lagi.huhu 😖

  19. aan_ang

    21 March 2020 at 2:02 am

    setuju

  20. Johari b osman

    21 March 2020 at 2:14 am

    Saya sgt bersetuju dgn cadangan dsn tentang pengeluaran akaun 2 kwsp yg sedikit sebabyak dpt membantu rakyat dlm krisis covid 19..

  21. Engel

    21 March 2020 at 2:19 am

    mohon naikkan lagi kadar bantuan JKm.
    walaupun dah d naikkan sblm ini tetapi.
    pada masa yg sukar dlm pergerakan ini
    penerima bantuan JKM amat payah uyk
    mencari sumber sara hidup.mohon d naikkan sehingga keadaan kembali normal

  22. Geneticsilver mosalah

    21 March 2020 at 6:19 am

    Bantuan rm 600 tu kalau booeh biar pekerja sendiri mohon kepada pihak berkenan dan bukan majikan kerana ada pekerja yang mencarum perkeso tapi berkerja dhn majikan yg menjalankan perusahaan dengan menumpang lesen ayarikat yg lain.darisebab itu majikan kurang memberi perhatian tentang hal hal seperti ini.

  23. Mohd zairi bin ismail

    21 March 2020 at 9:13 am

    Assalamualaikum saya setuju dengan saranan dato sri najib diatas pengeluaran akaun 2 KWSP..sekurangnya dapat membantu jgak semua ahli keluarga yg berpendapatan sederhana,meneruskan kehidupan..kerana sya tidak ada kerja yg tetap untuk menanggung keluarga

  24. Mie

    21 March 2020 at 10:43 am

    Harap blh la kluar kn acc no 2 ank2 pun xberlapar sbb kerja xblh nk Bt sewa umah Apai air mkn minum poket sekarang dh kurang,,,,hrap pm pertimbangkan,,,,kalau ingin jd pm sampai bila2 kami akn sokong pm Mahyudin yg bntu rakyat,,,,rakyat xkn lupa jasa baik mu,,,Tan seri

  25. Jango

    21 March 2020 at 8:10 pm

    Jadi gimana nasib pekerja yang cuma buru harian lepas yang punya tangungan bayar jaminan paspor tiap bulan??

  26. Noor Aiashah Bt Nazir

    22 March 2020 at 12:28 am

    Assalamualaikum..sy bersetuju klu akaun 2 kwsp dpt dikeluarkan…dpt juga mengurangkan beban rakyat..sy sebagai perniaga kecil sgt2 memerlukan…tksh

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my