Serious?!

Konon nak ‘selfie’ atas titi, alamak! titi roboh

Oleh  | 

MACAM-macam sketsa kelakar yang muncul dekat timeline kita bila dah hari raya ini. Yelah, inilah masanya kita nak jumpa balik sanak-saudara dan kawan-kawan yang masuk air. Bila dah berkumpul ramai-ramai, mestilah kena tangkap gambar sekali dan upload dekat Instagram. Barulah lengkap raya kita, kan?

Tapi, apa yang dikongsikan pemilik akaun twitter @ashgrr ini memang lain machiam! Mana taknya, aksi selfie di titi belakang rumah yang sepatutnya menjadi latar gambar Instagram tidak menjadi apabila titi tersebut tiba-tiba roboh. Adoi!

Foto lucu tersebut telah mendapat perhatian netizen dan dikongsikan sehingga 18 ribu retweets sejak beberapa hari lalu.

Tidak hanya itu, Asyraf turut menjelaskan bahawa titi yang dinaiki mereka itu memang adalah milik nenek mereka dan memang agak rapuh. Jadi, bila dah ramai-ramai naik atas tu, roboh la titi tersebut. Memandangkan ketinggian titi itu pun hanya satu meter, jadi tak adalah yang cedera parah. Tengok, bahagia je semuanya.

Apapun, kenangan titi roboh ini mesti akan diingati oleh mereka sekeluarga dan jadi bahan nak sembang kalau dah berkumpul sanak-saudara. Tahun depan punya raya mesti korang akan throwback balik, percayalah cakap sis!

Ha, korang pula macam mana? Ada tak insiden hari lebaran yang tak dapat lupa. Ke belum lagi? Ai maklumlah, raya kan sebulan. Kalau ada, roger sikit!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my