D-Life

Konsep ‘Bazar Perdana’ sempena Ramadan di PNB Perdana Hotel

Oleh  | 

KORANG next week seluruh umat Islam akan mula berpuasa. So korang dah ready ke? Dah mula survey-survey ke kat mana nak berbuka nanti? Ha! Kalau belum sini Dhia nak share lokasi berbuka puasa untuk korang.

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur akan memperkenalkan konsep Bazar Perdana bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Nak tahu kenapa Bazar Perdana? Dikatakan ia merupakan simbolik kepada perpaduan rakyat Malaysia.

Hotel PNB Perdana Hotel menjanjikan pengalaman bazar yang menarik disamping menawarkan pelbagai menu istimewa. Eksekutif Chef dekat sini iaitu Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka mengikut cita rasa pengunjung nanti. Sebanyak 188 hidangan masakan tempatan ada tau. Korang pasti teruja dengan sajian menu tradisional yang disediakan di Bazar Perdana ini.

Dekat mana Bazar Perdana ni dan berapa harganya? Ha! Nak bagitahu lah ni. Korang boleh waze Restoran 10 Binjai. Untuk harganya pula, bermula pada harga RM80 untuk early bird bqagi korang yang nak booking sebelum 30 April 2019. Selepas pada tarikh berkenaan harga bufet Ramadan ini menjadi RM100 seorang. Masih berbaloi kan? Ha, korang makanlah banyak mana yang korang nak makan. Jangan lepas tu tak larat nak tarawih dah lah.

Bukan itu sahaja, Restoran 10 Binjai juga ada menyediakan signature yang terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa yang ada di sini. Rugilah kalau tak merasa.

Untuk korang yang tengah pening nak fikir bufet Ramdan mana yang menarik dengan harga yang berpatutan, korang boleh cuba berbuka dengan kawan-kawan atau family dekat sini okey. Dengan pelbagai pilihan masakan Melayu yang sememangnya membuka selera, suasana restoran juga tidak kurang hebatnya sebab ada iringan alunan muzik yang menenangkan. Gitu!

Team Dhia pun rasanya dah boleh booking untuk berbuka dekat sini. Kalau korang nak cuba juga pengalaman berbuka puasa di sini, korang boleh waze atau google maps sahaja Restoran 10 Binjai untuk sampai ke sini atau call je 03-74903838 untuk reserved. Terngiang-ngiang kambing golek haritu. Meleleh!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my