Serious?!

Kontroversi lagu ‘menganjing’ Drama Band, ada artis panas punggung!

Oleh  | 

PANAS! Itulah adalah word paling win nak cerita kontroversi muzik video baharu Drama Band yang bertajuk Drama.

“Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sebarang kena mengena adalah secara kebetulan sahaja. Jika terasa, kami tak boleh buat apa”

Itu adalah ayat pembukaan muzik video Drama Band yang kedengaran agak sinis. Lagu ciptaan bersama Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir itu menceritakan tentang seseorang yang penuh dengan drama dan hidup dalam penipuan.

“Curiga madahmu, penuh curiga. Setia, bodohnya aku setia” adalah antara lirik yang termuat dalam lagu berkenaan.

Netizen bongkar senarai artis yang disindir Drama Band?

Walaupun Drama Band menegaskan jalan cerita muzik video hanyalah rekaan semata-mata. Namun nampaknya netizen tidak sekadar tutup mata memberikan respon bahawa memang ada babak dalam video berkenaan menyindir beberapa orang artis dan isu-isu hangat yang pernah melanda industri hiburan baru-baru ini.

Di awal video ini menampilkan babak seorang lelaki berkaca mata hitam sedang mencari informasi bagaimana untuk memalsukan penyakit depresi. Rata-rata dapat meneka Haqiem Rusli adalah individu yang dimaksudkan dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi respon terbaru Haqiem Rusli, dia menganggap video itu sebagai nasihat untuk diterima dengan hati terbuka.

Siapa yang tak tahu tentang isu rancangan realiti pencarian bakat yang sangat popular baru-baru ini apabila juara pertandingan berkenaan iaitu Haneesya Hanee terpaksa memulangkan kembali mahkota apabila terpalit dalam kontoversi di sebuah kelab malam.

Baru sahaja hendak reda, kes itu kembali diperkatakan netizen apabila terdapat beberapa babak yang dikatakan mirip dengan situasi yang dialami Haneesya.

Terkesan dengan video itu, Haneesya sempat meluahkan kekecewaannya menerusi Instastory.

Antara nama lain yang turut diperkatakan dalam video tersebut ialah Nabila Razali dan Ernisha.

Respon pelbagai netizen

Apapun, video Drama Band tersebut sebenarnya telah mengundang respon pelbagai netizen. Ada yang setuju dan ada pula yang menganggap ia perkara lampau yang tidak perlu diungkit lagi.

Tak tahulah kan apa sebenarnya motif Drama Band. Tapi  nampaknya video itu ‘menjadi’ apabila trending nombor 4 di Youtube setakat hari ini.

Orait, katakanlah korang tak tengok pun MV itu, agak-agak lagu diorang best atau tak? Cuba roger sikit sikit.

BACA: Lagu cecah sejuta penonton sebab MV ‘menganjing’? Ini respon Drama Band

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my