Serious?!

Kontroversi transformasi Tomok menjadi, Bekas Kekasih ‘trending’ dalam tempoh 24 jam.

Oleh  | 

KECOH di media sosial baru-baru ini apabila penyanyi Tomok memuat naik gambarnya yang berpakaian seperti perempuan di laman Instagram rasmi miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Tindakan penyanyi itu memuat naik gambar yang disolek dengan rambut mayang mengurai tanpa sebarang kapsyen telah mengundang kontroversi dalam kalangan netizen.

Namun segala teka-teki berakhir apabila Tomok mendedahkan ia adalah sebahagian daripada babak dalam video klip untuk lagu terbaharunya bertajuk Bekas Kekasih di Youtube.

Klip video itu  mengisahkan tentang sudut pandang golongan ‘Nyah’ yang berubah kearah lebih baik setelah sesuatu perkara menimpa sahabat baiknya.

Dalam tempoh 24 jam, Bekas Kekasih berjaya meraih lebih daripada seratus ribu tontonan di Youtube.


Bermacam-macam pandangan dilontarkan netizen. Ada yang beranggapan walaupun Tomok membawa mesej yang baik di dalam lagunya, namun caranya berpakaian seperti perempuan dianggap menyalahi hukum agama.

 

FOTO: Instagram Tomok

 

Namun, tidak kurang juga netizen yang berpendapat Tomok membawa pendekatan berani dalam menyampaikan mesej yang baik kepada semua. Apapun, Dhia nak ucapkan semoga berjaya kepada Tomok untuk Bekas Kekasih.

FOTO: Instagram Tomok

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my