D-Life

Korang boleh tahu peribadi seseorang hanya dengan cara ‘selfie’ ini

Oleh  | 

BERITA baik kepada orang yang membaca artikel ini! Sebab kali ini Dhia nak share sikit tip nak ‘baca’ peribadi seseorang.

Korang boleh tahu personaliti seseorang hanya dengan melihat luaran. Betul la orang kata ‘first impression‘ tu penting.

Gaya selfie

via GIPHY

Gambar-gambar selfie yang dimuat naik di Instagram juga menunjukkan keperibadian seseorang. Kajian yang dilakukan Nanyang Technological University Singapura meneliti gaya selfie yang diambil dari laman media sosial.

Menurut kajian tersebut, mereka yang cenderung mengambil selfie dari arah bawah adalah orang yang mudah bertoleransi dan mudah bersetuju.

Mereka yang sangat berhati-hati  semasa mengambil selfie cenderung mempunyai privasi di dalam hidupnya.

Manakala mereka yang rajin tersenyum atau ketawa semasa selfie adalah mereka yang sangat positif dan sangat terbuka dengan pengalaman baru.

Mereka  yang selalu menunjukkan aksi ‘duck face’ pula cenderung memiliki masalah mental.

Pilih kasut

via GIPHY

Sebuah kajian yang dari Journal of Research in Personality menunjukkan citarasa kasut boleh melambangkan keperibadian seseorang.

Dalam kajian yang lain, para peserta diminta  membawa gambar kasut mereka dan menjawab borang kaji selidik mengenai personaliti.

Mereka yang selesa memakai kasut  cenderung menjadi seorang yang mudah bersetuju dan mudah bekerjasama.

Sementara mereka yang lebih selesa memilih boots menunjukkan mereka lebih bersifat agresif.

Mereka yang tidak mencuci dan menjaga kasutnya dikatakan sebagai seorang yang cuai. Manakala mereka yang menjaga kasutnya dianggap sebagai seorang yang manja.

Cara berjalan

via GIPHY

Jika seseorang itu berjalan ke depan dan cepat. Itu tandanya dia seorang yang sangat produktif dan logik. Ia juga menunjukkan individu tersebut  dingin dan kompetitif.

Jika seseorang itu berjalan dengan cara mendada dan mengangkat kepala (selebriti kebanyakkannya mempunyai cara jalan seperti ini). Mereka  dianggap sebagai seseorang yang menyenangkan, penuh karisma dan mudah untuk menyesuaikan diri. Namun, orang seperti ini suka mendapatkan perhatian.

Jika seseorang itu berjalan sambil melihat ke bawah. Maka, itu adalah petanda seseorang itu introvert dan sopan.

Kajian lain dari Journal of Interpersonal Violence selepas menemuduga para banduan mendedahkan bahawa penjenayah selalunya  akan menyerang mangsa dengan melihat cara mangsanya berjalan.

Cara makan

via GIPHY

Seorang Dr falsafah dari Los Angeles Juliet Boghossian, Julia Hormes menjelaskan cara makan juga boleh menunjukkan sikap seseorang.

Mereka yang mengunyah lambat adalah mereka yang selesa dikawal dan tahu bagaimana untuk menghargai hidup. Manakala mereka yang makan dengan cepat cenderung untuk bercita-cita besar namun bukanlah seorang yang penyabar.

Mereka yang gemar mencuba makanan yang baharu adalah mereka yang gemar mengambil risiko. Manakala mereka yang menjaga makan dan memilih biasanya cenderung untuk berasa cemas dan emosional.

Berdasarkan ciri-ciri di atas, agaknya apa ya personaliti crush korang ?

 

 

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my