D-Life

Korang dah terkena gangguan seksual tanpa sedar kalau…

Oleh  | 

TEMPAT kerja sepatutnya jadi tempat paling best dan selesa untuk kita cari makan dan bukannya menjadi tempat yang kita takut atau  nak pergi. Mana taknya, kebanyakkan masa kita dihabiskan di tempat kerja.

Menurut kajian, wanita selalu menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Kalau kita tengok balik tinjauan gangguan seksual di tempat kerja yang dilakukan Pejabat Buruh Antarabangsa menunjukkan 15% hingga 30% wanita pernah mengalami gangguan seksual oleh ketua dan rakan sekerja mereka.

Siapa cakap gangguan seksual dekat Malaysia tak serius? Timbalan Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh pernah mendedahkan sebanyak 47 kes gangguan seksual dilaporkan dalam tempoh tiga tahun. Itu yang dilaporkan tau, belum lagi yang didiamkan.

via GIPHY

Jadi, dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan apa benda sebenarnya gangguan seksual bagi menyelamatkan geng kita dekat luar sana daripada menjadi mangsa keadaan. Jangan diamkan benda macam ni sebab It’s not okay! Jadi mari sama-sama kita bersatu.  Let’s do this girls!

via GIPHY

Gangguan seksual ni merangkumi lima benda tau iaitu

  1. Benda bukan lisan (isyarat) – macam orang bersiul, lekat gambar merepek dekat dinding, bagi isyarat pergerakkan seksual dekat korang macma makan benda secara menggodam menjilat.
  2. Fizikal- sentuhan, menepuk, mencubit, mengusap tubuh korang.
  3. Lisan- dia cakap, cadangkan benda-benda yang berunsur seksual dekat korang. Ini termasuklah usikkan atau gurauan.
  4. Visual – tunjuk bahan lucah, tulis surat bentuk lucah
  5. Psikologi- asyik jemput pergi majlis sosial, termasuklah pujuk rayu secara berterusan.

Korang jangan tak tahu, ganggual seksual ni bukan hanya berlaku dekat dalam pejabat sahaja. Ia juga boleh terjadi dekat:

  1. Majlis sosial berhubung pekerjaan- makan
  2. Latihan, persidangan tentang pekerjaan
  3. Waktu korang buat tugasan luar
  4. Telefon
  5. Melalui media eletronik

Tak kisahlah kalau yang buat benda ni adalah bos korang. Korang kena bangun dan lawan untuk bela nasib korang dan orang dekat office. Kalau semua berdiam diri, dia boleh buat benda yang sama dekat orang lain dan kejahatan ni akan berulang sampai bila-bila. Paling bahaya kalau semua dah rasa benda tu adalah normal. Hell no!

via GIPHY

Siapa yang pernah kena gangguan seksual ni akan mengalami rasa takut, tak tenteram, hilang tumpuan nak bekerja. Dia juga akan ada trauma emosi dan mental, lemah, serta takut untuk berseorangan.

Dekat Malaysia, kita ada Kod Amalan untuk mencegah, menangani, dan membasmi gangguan seksual dekat tempat kerja. Sesiapa yang melakukan gangguan seksual boleh dikenakan hukuman.

Girls, jangan bagi diri sendiri dan orang terdekat korang hadap benda macam ni. Gangguan seksual dekat tempat kerja boleh dibanteras kalau kita semua sama-sama bergabung atasi benda ni sebab It’s not okay!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my