Be-You-Ty

Korang ingat ‘moisturizer’ satu jenis je? Tettttt, salah!

Oleh  | 

KRIM, losen, minyak – pelembap (moisturizer) terdapat pelbagai rupa dan bentuk. Mungkin kamu pernah mencuba sebahagian antaranya dan kamu sedar, kesan setiap satu berbeza terhadap muka.

Kandungan sesuatu pelembap sebenarnya memberikan kesan yang berlainan kepada jenis kulit yang berbeza. Contohnya, sesuatu pelembap mungkin berkesan dipakai pada kulit berminyak, namun jika diguna untuk kulit normal, kulit akan menjadi lebih berminyak.

Pelembap membantu menyeimbangkan air dan minyak pada kulit wajah. Keseimbangan ini akan dapat menghilangkan kedut, melindungi kulit daripada rosak, menghilangkan kesan jerawat dan menyegarkan kulit wajah daripada kemerahan.

Sebenarnya terdapat empat jenis pelembap utama, iaitu oklusif, humektan, emolien dan juga seramida.

 

Oklusif

Dalam keempat-empat jenis pelembap, oklusif yang paling tebal dan berat dari segi tekstur. Antara agen semula jadi oklusif ialah jeli petroleum, minyak jojoba, lanolin dan mentega koko.

Oklusif berfungsi membentuk lapisan pada kulit wajah yang memerangkap kandungan air dalam kulit dan menyebabkan kulit kita sentiasa lembap dan segar. Namun pelembap jenis ini tidak sesuai jika kulit kamu berminyak atau berjerawat.

FOTO: Pexels

Humektan

Humektan membantu membawa keluar lembapan dari dalam kulit ke lapisan paling atas kulit wajah (epidermis). Ini sesuai untuk kulit wajah kering. Kebiasannya, pelembap jenis humektan diperbuat daripada bahan seperti lidah buaya (aloe vera) dan asid hyaluronic.

 

Emolien

Emolien ialah lipid (lemak) dan minyak yang menyerupai lipid dan minyak asli yang terdapat pada kulit wajah. Emolien ini membantu menggantikan dan memenuhi ruang antara sel-sel kulit wajah.

Ini membantu menguatkan kulit dan membantu menghalang kandungan air pada kulit wajah, sekali gus menjadikan kulit wajah anda sentiasa segar dan lembap. Pelembap jenis ini sangat sesuai untuk kulit wajah yang kering, sensitif dan kulit yang tak tahan kerengsaan.

 

Seramida

via GIPHY

Semarida sebenarnya salah satu jenis emolien. Pelembap jenis seramida sangat ideal untuk kulit yang sensitif yang cenderung untuk kering dan mudah merengsa. Dalam kulit wajah kita sendiri sebenarnya ada seramida semula jadi, namun seramida juga boleh didapati daripada tumbuhan dan bahan sintetik. Kalau kamu jenis kulit sensitif yang cepat kering, pelembap jenis seramida memang sesuai untuk kamu.

 

Sumber:  Beverly Hills Beauty Lab

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my