Kolaborasi

Korang kena kawal nafsu shopping 11.11 kecuali barang-barang ni

Oleh  | 

“Okey, ini senarai barang yang aku nak beli. Eh, tapi itu pun nampak bagus. Sana pun best!”

Ha! Pernah tak korang buat senarai barang yang nak dibeli kalau pergi mall? Tapi bila sampai sahaja dekat mall, habis melayang senarai barang yang korang buat sebab terlalu teruja nampak barang yang cantik-cantik dekat sana. Benda yang tak patut dibeli pun korang beli, kan? 

Khas untuk korang yang kaki shopping tu, jangan lepaskan peluang untuk berbelanja pada 11.11 sebab harga yang ditawarkan sumpah murah silap haribulan korang boleh histeria! Waktu itulah korang ‘dibenarkan’ berbelanja sakan sebab memang berbaloi. Hiks!  

via GIPHY

Sis, faham. Kadangkala kita tak tahu macam mana nak mulakan perancangan beli barang. Maklumlah, banyak item yang kita nak borong 11.11 ni. Oleh itu, mari  sis cadangkan tiga benda yang korang wajib beli pada tarikh keramat itu. 

Home and Living 

 

Ubah la sikit suasana bilik korang yang sendu itu. Boleh beli barangan rumah untuk naikkan seri dan beri aura baru kepada bilik korang. Nak cari karpet warna terang? Bantal empuk yang boleh buat korang tertidur bila korang letak kepala? Cadar? Lampu? Inilah masa yang sesuai untuk beli semua itu. Gunakan kreativiti korang, cabar diri untuk deko bilik sendiri. Baru puas beb!

Fashion

Yes girl! Ada banyak baju, beg, seluar, kasut, aksesori yang sumpah trendy. Inilah masanya nak borong semua dan gayakan mengikut style korang. Pastikan korang beli jenis baju yang sesuai untuk digayakan pergi ke pejabat, pergi dating, reunion kelas, tengok wayang, jumpa bakal mertua, termasuklah bersukan. Benda tengah murah ni kita jangan sia-siakan. Tapau semua selagi boleh.

Health & Beauty 

Hey, kata girls yang trendy, kalau muka selekeh, badan bau busuk macam mana tu? Kenalah jaga penampilan diri luar dan dalaman. Nak cari barang skin care, sabun mandi, syampu, berus gigi, berus badan, dan losyen? Boronglah untuk stok tiga bulan terus. Lepas ini dah tak payah fikir nak beli barang mandi lagi. Barangan kesihatan pun jangan dilupa okay!

via GIPHY

Eh, dah nampak seronok sangat dah tu nak shopping. Ha, dah tau ke nak shopping kat mana? Sis tak pernah lokek info tau, dah ada list di atas, meh la kita shopping sama-sama di Parkson  pada 11.11 ni geng. Jadilah antara yang bertuah untuk memenangi 11 hadiah utama khas untuk ahli Parkson Kad! Apa? Korang tak ada kad lagi? Tak ada hal, boleh je buat kad tu pada hari kejadian. 

Ha? Macam mana menang? Meh sini sis kongsi cara nak menang supaya korang menang besar. Bila korang shopping dan bila ada nombor 11 dalam nombor transaksi resit, korang boleh menang point kad keahlian Parkson. Hadiah utama akan mendapat 11,000 Point dan manakala hadiah saguhati akan mendapat 1100 Point.

Jadi nak tunggu apa lagi? Moh serbu beramai-ramai!

Psst…Nak tahu lagi pasal giveaway ni, klik je kat sini

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my