D-Life

Korang kena tahu isyarat ni sebelum travel ke Jepun!

Oleh  | 

SETIAP tempat ada adat dan peraturannya yang tersendiri. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Tetapi masuk Jepun, macam mana pula ya?

Ada gerakan dan tindakan yang perlu kamu mahiri sebelum kamu ke Jepun. Isyarat-isyarat ini merupakan amalan kebiasaan masyarakat Jepun dan bukan suatu perilaku aneh di sana.

Ini isyarat, ungkapan dan gerakan tangan yang perlu kamu tahu sebelum melancong ke Jepun.

 

Takupkan kedua-dua tapak tangan

via GIPHY

Menakupkan kedua-dua tapak tangan dan katakan “itadakimasu”.  Orang Jepun biasa melakukan ini untuk mengekspresikan rasa terima kasih kepada hidupan (haiwan ternakan dan tanaman) yang menjadi bahan makanan, sebagai tanda penghormatan.

 

Cheers cara Jepun!

via GIPHY

Kalau kamu minum bersama-sama masyarakat tempatan, angkat gelas kamu dan sebutkan “kanpai” sebelum minum. Budaya ini sebenarnya berasal dari Eropah dan akhirnya mengakar di Jepun.

 

Silang jari

via GIPHY

Jika kamu sudah siap makan di restoran, kamu boleh memanggil pelayan untuk mengira bil yang dipanggil “shimeru”. Tetapi kamu tidak boleh semata panggil sahaja, kamu perlu menyilangkan dua jari. Namun jika isyarat tersebut tidak sampai kepada pelayan, pergi sahaja kepadanya dan katakan “Okaikei wo Onegai Shimasu

Sumber:  Ohayo Jepang

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my