Serious?!

Korang kena tahu mitos tentang otak

Oleh  | 

OTAK manusia adalah ciptaan Tuhan yang sangat misteri dan begitu sukar untuk difahami. Sama lah macam kita cuba memahami apa yang sebenarnya difikirkan oleh orang lain tapi kita susah nak faham.

Tapi kita selalu dengar tentang otak yang kita fikir benda ni datang daripada pakar yang pernah mengkaji tentang perkara ni. Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh pakar tidak menyeluruh dan tidak betul-betul menyelesaikan kajian tentang otak dan ianya hanya sekadar sebuah teori.

Jadi harini sis nak kongsikan mitos tentang otak yang korang kena tahu.

Kita Menggunakan 10% Daripada Otak Kita

Ini adalah mitos yang dihasilkan oleh orang-orang lama yang kita boleh tahu yang ianya tidak sahih. Malah di dalam filem pun sering mention yang manusia cuma menggunakan 10% dan bukannya 100%. Mengikut kajian, setiap bahagian otak memainkan peranan masing-masing dan manusia menggunakan setiap bahagian di dalam otak. Kalau kita cuma menggunakan 10% sahaja, masalah kerosakkan dan kecederaan otak tak akan berlaku disebabkan bahagian lain tidak berkerja.

Kerosakkan Otak adalah Kekal

Otak ini sangat mudah rosak dan mudah cedera yang menyebabkan strok ataupun penyakit otak yang lain. Kecederaan otak akan menyebabkan kesan sampingan terhadap manusia tapi ianya tidak semuanya kekal.

Sebagai contoh, otak tercedera ketika bermain bola dan menyebabkan ada kesan sampingan, tapi setelah diberi masa kesan sampingan itu akan hilang. Tapi korang jangan la pula cuba hantuk kepala dekat dinding walaupun korang fikir ianya boleh sembuh.

Manusia Menggunakan Lebih Otak Kiri atau Kanan

Ini yang selalu kita dengar dari orang yang mengatakan dan menilai korang ni otak kiri ke kanan mengikut personaliti kita. Mengikut idea ni, orang yang berotak kiri lebih kepada menganalisa dan berfikiran logic.

Manakala orang yang berotak kanan lebih kreatif dan penuh dengan perasaan. Tapi sebenarnya tiada istilah korang lebih kiri atau korang lebih kanan ini kerana kita menggunakan seluruh bahagian otak dalam melakukan sesuatu perkara.

Manusia mempunyai Otak Yang Terbesar

Otak manusia sememangnya besar kalau diihat dari segi saiz badan kita tapi untuk menyatakan otak manusia lebih besar dari semua benda hidup adalah silap. Jika nak dibandingkan, otak sperm ikan paus lebih besar dari otak manusia dan otak gajah juga lebih besar dari manusia.

Sumber:Verywellmind

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my