Serious?!

“Korang nampak saya ‘steady’ atas pentas, tapi…,” Tokti kongsi apa terjadi belakang pentas Siti Nurhaliza On Tour

Oleh  | 

 

“MENAKJUBKAN!” itulah kata-kata yang diluahkan penonton yang hadir di lokasi terakhir konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour  di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu.

Mana tidaknya, persembahan penyanyi nombor 1 negara itu benar-benar memukau dengan iringan penari dan penataan lampu pentas yang gah benar-benar meletakkan nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza di kelasnya yang tersendiri.

Maka, tidak hairanlah ada yang ”histeria” sama-sama berjoget dan menyanyikan lagu sehingga gegak gempita satu stadium dengan alunan lagu-lagu hitz Tokti sepanjang 23 tahun sebagai anak seni.

29 buah lagu telah dipersembahkan pada malam itu dihadapan 12 ribu peminat yang hadir. Namun, disebalik kemeriahan dan kemegahan konsert itu, tak ramai yang tahu apa yang telah terjadi di belakang pentas.

Team Dhia sempat bertemu Tokti di belakang pentas sejurus selepas konsert. Ini adalah luahan buah hati Malaysia itu semasa bercerita mengenai cabarannya sepanjang menjayakan konsert ini.

FOTO: Instagram CTDK

“Banyak yang korang tak tahu. Dari segi persiapan, cabaran teknikal dan nak tukar baju.

“Korang mungkin nampak saya steady dekat atas pentas, tapi sebenarnya saya dah macam bersilat dekat belakang sebab saya cuma ada 3 minit sahaja untuk tukar baju.

“Itu adalah antara cabaran yang saya perlu saya lalui. Tapi, setiap hari saya akan belajar benda baru untuk perbaiki kelemahan saya. Alhamdulillah, inilah kenangan yang saya tak akan lupa sampai bila-bila,”katanya.

Sebak, terharu

Sebenarnya, sebelum konsert ini bermula. Timbul keraguan di hati penyanyi Biarlah Rahsia ini kalau-kalau tiketnya tidak terjual.

“Masa awal-awal dulu nak buat konsert ini, saya terfikir nak ke mereka beli tiket sebab angka sepuluh ribu bukanlah sedikit. Saya pula dah 23 tahun dalam industri dan peminat pun bertukar ganti dengan kemunculan penyanyi baru.

“Alhamdulillah, sebelum konsert tiket sold out dan orang pun masih mencari-cari tiket. Ia memang membuat saya terharu.

“Ada peminat yang datang dari jauh dan korbankan wang ringgit untuk ke konsert. Saya sangat berterima kasih,”

Beruntungnya seorang Siti Nurhaliza kerana mempunyai peminat yang tidak putus-putus menyokongnya sejak pertama kali kakinya menginjak arena seni suara sejak tahun 1996 lagi.

 

View this post on Instagram

 

Bila nyanyi sambil selfie atas pentas .. #sitinurhalizaontour #semalamyangindah @tulusm

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti berterima kasih

Terharu dengan sambutan yang diberikan. Tokti tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada peminatnya sepanjang konsert malam itu.

“Apa yang paling penting, saya berterima kasih kepada peminat saya. Saya ingat 10 ribu yang hadir tapi rupanya 12 ribu orang berada di stadium pada malam ini.

“Ada yang datang dari jauh semata-mata nak saksikan konsert saya. Saya sebak tengok stadium ini penuh. Saya sangat berterima kasih dan terharu,”  kata penyanyi itu menutup temu ramah pada malam itu.

Turut hadir ke konsert pada malam itu ialah barisan artis seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Siti Sarah, Siti Elizad, Jihan Muse dan ramai lagi.

1 Comment

  1. Samuel

    18 March 2019 at 4:16 pm

    😍😍😍😍

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my