Deko

Korang pernah terfikir tak kenapa garfu ada empat mata?

Oleh  | 

BARANG seperti sudu dengan garfu ni memang perkakas wajib yang selalu  ada dalam rumah kita. Kalau lepak mamak sekalipun memang wajib ada. Dalam sehari, agak-agak berapa kali korang guna garfu? tapi pernah tak korang terfikir kenapa garfu ada empat mata dekat depan tu?

Ha, mari kita throwback sikit sejarah macam mana garfu ni boleh wujud. Ia sebenarnya bermula di Eropah Barat asalnya sebagai salah satu alat pertanian.  Bila dah masuk tahun 1500an barulah ia berkembang menjadi peralatan dapur.

via GIPHY

Asalnya, garfu cuma ada dua mata sahaja tau. Tapi ia selalu patah sehingga menimbulkan rasa tidak senang kepada pengguna. Dalam erti kata lain, ia tidak praktikal.

Jadi, inovasi telah dilakukan oleh pembuat garfu. Mereka pun mulalah bereksperimen dengan saiz dan jumlah mata garfu yang lebih besar. Sehinggalah akhirnya mereka merasakan garfu empat mata adalah paling selesa dan praktikal untuk pengguna.

via GIPHY

Sebab itulah sampai sekarang garfu ada empat mata. Kalau terlebih atau terkurang, mesti kita rasa pelik, kan?

Okey, lepas ni kalau nak suapkan member korang makan, bolehlah cerita pasal sejarah garfu ni. Mesti diorang tercengang sebab korang pandai!

Sumber: Popsugar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my