Fitness

Korang pun boleh dapat perut rata macam Bella Hadid dengan…

Oleh  | 

PERGILAH mana-mana, supermodel terkenal Bella Hadid pasti menjadi sorotan. Apa sahaja yang dikenakan oleh model ini pasti sahaja menjadi tren. Bukan itu sahaja, bentuk badan Bella Hadid dikatakan sangat sempurna sampai ada yang buat pelbagai cara untuk dapat badan macam Bella.

Korang ingat lagi tak waktu Bella datang dengan  menyarungkan koleksi peragaan fall/winter 2020 dari jenama terkenal Louis Vuitton? Ramai yang terpegun dengan badan Bella di sebalik halter top yang dikenakannya.

Dalam majlis itu, Bella dilihat datang ke runway bersama-sama seorang pelakon berdarah China-Kanada, Kris Wu.

Agak-agaknya, apa rahsia Bella ada badan yang ramping macam itu ya? Jom baca sampai habis.

Bersenam

Nak dapat badan yang cantik macam itu, memang kena berusaha keras dan korang pun kena rela nak buat. Dalam sebuah temu bual bersama-sama Harpers Bazaar, adik kepada Gigi Hadid ini mengaku bersenam selama beberapa jam setiap hari.

Senaman itu pula menggabungkan tinju dengan kardio dan menguatkan otot perut.

Jaga makan

Bella makan akan pilih menu makanan awal-awal. Tapi Bella sangat suka makan tau. Dia pernah mengaku susah nak tinggalkan habit yang suka makan. Dia akan susun pola makan supaya lebih fleksibel untuk menikmati pizza, pasta dan karbohidrat yang lain.

 

Kalau korang nak badan macam Bella kenalah bekerja keras. Dah tak boleh malas-malas. Ingat, kalau nak kurus ini ada dua benda penting. Pertama apa yang kita makan. Kedua, bersenam.

Jadi, kuatkan semangat sebab masih belum terlambat nak badan ala-ala Bella!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my