Fitness

Korang tahu tak bila patut kena ganti kasut sukan? Nah, ini menurut pakar

Oleh  | 

SEBAGAI seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan anti sifat pemalas, sis rasa penting untuk sis kongsikan artikel ini dengan korang. Kasut sangat penting tau sebab ia akan menjadikan kita bersukan dan beriadah dengan selesa.

Kasut pun penting bagi mengelakkan korang tercedera sewaktu melakukan aktiviti lasak. Cuba bayangkan kalau korang hiking bukit, disebabkan kasut korang tapaknya sudah tidak lagi ‘mencengkam’ akhirnya jatuh daripada cerun. Allahu, simpang malaikat 44!

Menurut American Academy of Podiatric Sport Medicine, ada 4 tempat komponen utama yang menyebabkan kasut cepat rosak. Nak tahu? pastikan korang baca sampai habis dan jangan biarkan ada sesiapa yang menghalang korang untuk kongsikan artikel ini dengan orang tersayang.

via GIPHY

Bahagian tapak adalah benda yang paling crucial untuk korang tengok. Kalau tapak korang dah makin terhakis dari bahagian hadapan sehinggga tempat tapak belakang.

Bila tapak kasut korang mempunyai masalah, korang akan sukar untuk menyeimbangkan badan. Kalau korang letak kasut korang di permukaan rata, korang akan nampak ketidakseimbangan kasut korang tu.

Ini kerana mungkin bahagian belakang kasut korang akan lembek dan penyet apabila berbanding bahagian lain. Jai, ia tidak lagi boleh menampung telapak kaki dan tumit korang.

via GIPHY

Bukan sekadar itu, korang pun kena tahu yang kasut ni boleh haus dan rosak tau kalau korang hanya simpan dekat atas rak dan tak digunakan. Ini kerana ada beberapa material dekat kasut korang tu mudah kering seterusnya mengelupas apabila disimpan di dalam rak.

Jadi, korang jangan ingat kalau korang simpan kasut mahal dalam rak, ia akan lebih tahan lama. Rajin-rajinkanlah bersukan dan bersihkanlah kasut korang dengan lebih kerap. Ingat, benda ni penting bukan sahaja untuk buat korang nampak cantik dan kemas. Tapi apa yang lebih penting ialah ia akan menyelamatkan korang daripada bencana akibat kecuaian diri sendiri.

 

Hey awak! Ye awak la yang tengah baca artikal ni. Tengah cari outdoor gears ke tue? Cuba tengok kat sini mana tau mur mur.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my