Serious?!

Korang tahu tak kisah Amelia Earhart?

Oleh  | 

AMELIA Earhart adalah seorang juruterbang wanita  pertama yang berjaya terbang melepasi Lautan Atlantik dan juga manusia pertama yang terbang melepasi Atlantik dan Pasifik. Earhart lahir pada 24 Julai 1897, di Kansas Amerika.

Minat dia dalam bidang juruterbang ini hadir apabila dia menjadi jururawat sukarelawan ketika perang dunia pertama setelah dia mengenali ramai juruterbang perang yang tercedera. Ketika itu juga, dia banyak menonton juruterbang perang berlatih dan selepas perang dia sebagai seorang pelajar perubatan berhenti belajar.

Dia mula berkerja pelbagai kerja  dari menjadi jurugambar, pemandu trak dan lain-lain demi untuk pembiayaan dia untuk belajar menjadi juruterbang.

Sumber: NBCNews

Pada tahun 1922, dia melakukan penerbangan setinggi 14,000 kaki dan ianya adalah rekod yang tertinggi di dunia bagi seorang juruterbang wanita. Pada 1923, akhirnya dia menjadi juruterbang wanita yang ke-16 diberikan lesen juruterbang dan dia menjadi wanita pertama yang terbang secara solo melepasi Atlantik pada tahun 1932.

Sumber: History

Ketika penerbangan, dia mengalami pelbagai rintangan iaitu trpaksa menghadapi awan tebal dan sayap kapal terbang menjadi beku dan dipenuhi ais. Selepas 12 jam perjalanan, masalah teknikal dihadapinya lalu dia membuat pilihan untuk mendarat sebentar di Ireland Utara.

Dua hari selepas itu, Earhart tiba di London dan menerima sambutan yang sangat meriah di situ. Disebabkan penerbangan ini, Earhart menerima banyak anugerah termasuk lah medal Emas dari National Geographic.

Earhart juga melakukan penerbangan solo dari Hawaii menuju ke California menjadikan dia wanita pertama serta manusia pertama yang terbang merentasi Atlantik dan Pasifik. Namun dia telah dilaporkan hilang pada 2 Julai 1937 apabila dia cuba untuk mengelilingi dunia bersama Noonan, pemandu arahnya.

Pada haritu, Earhart melaporkan position dia yang terakhir melalui radio dan menyatakan yang minyak semakin berkurangan dan sedang terbang rendah 1000 kaki. Setelah kapal yang berhubung dengan Earhart melalui radio tidak dapat untuk menghubungi Earhart, mereka terus memulakan pencarian.

Usaha pencarian diteruskan dengan menggunakan 66 kapal terbang dan 9 kapal dan dianggarkan 4 juta dolar telah digunakan dalam misi menyelamat, Earhart masih tidak dijumpai. Akhirnya pencarian ditamatkan pada 18 Julai 1937 dan pada 5 Januari 1939, Earhart diistiharkan telah meninggal dunia oleh mahkamah di Los Angeles.

Namun kehilangan Earhart menimbulkan misteri kepada semua orang yang mengetahuinya dan pelbagai konspirasi teori yang kita dapat dengar dari mulut ke mulut.

Ada yang mengatakan bahawa pihak Jepun menangkapnya, ada pula yang mengatakan dia sempat balik ke Amerika dan merahsiakan kehidupannya dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti setiap kali perkara yang terjadi di tengah lautan dan masih tidak dijumpai akan terus menjadi misteri dan sentiasa akan mempunyai teori konspirasi yang tersendiri.

Sumber:www.biography.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my