D-Life

Korang takkan berani pasang lilin beraroma lagi selepas baca ini!

Oleh  | 

LILIN beraroma atau scented candle selalu menjadi hiasan dalaman untuk mencantikkan ruang rumah. Ada juga yang menggunakannya untuk dibakar, dan diletakkan.

Lilin-lilin ini bukan sahaja mengeluarkan bauan wangi yang menenangkan, tetapi deretan cahayanya boleh buat ruang rumah kamu cantik dan indah, tak payah pasang lampu dah!

Tetapi jaga-jaga, lilin beraroma di rumah kamu mungkin membahayakan kamu dalam keadaan kamu tak sedar!

Kebanyakan lilin beraroma yang dijual di pasaran diperbuat daripada byproduct (hasil lebihan) penyulingan petroleum yang paling akhir, iaitu paraffin wax. Pendek kata, hasil ini diambil daripada buangan petroleum yang paling tidak boleh digunakan.

Jadi apabila lilin yang diperbuat daripada bahan ini, ia akan mengeluarkan toluene dan benzene.

Satu kajian di Southern Carolina State University mendapati, lilin yang diperbuat daripada petroleum boleh menjejaskan kualiti udara berbanding lilin yang diperbuat daripada bahan berasaskan sayuran.

“Lilin paraffin terbukti melepaskan kimia yang tidak diperlukan. Seseorang yang menghidupkan lilin jenis ini setiap hari, akan menyedut bahan tercemar yang boleh membawa kepada risiko seperti kanser, alergi, dan asma.

Jadi sebelum beli lilin beraroma, periksa dahulu ya bahan pembuatannya. Jangan disebabkan lilin di rumah, kesihatan kamu terjejas pula.

 

 

 

 

Sumber:  Treehugger

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my