Serious?!

Korek biji mata mangsa, kisah ‘The Night Stalker’ si pembunuh bersiri kegilaan ramai wanita

Oleh  | 

PADA awal kehidupannya lagi sudah dikelilingi perkara yang tidak sepatutnya. Richard Ramirez hanya berumur 13 tahun apabila sepupunya yang bernama Mike, menembak isteri di bahagian muka hingga menyebabkan kematian.

Dalam pada masa yang sama, Richard Ramirez dan Mike sedang dibawah pengaruh dadah jenis Ganja. Bermula lah titik hitam di alam kehidupan Richard and lelaki ini mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap Mike tersebut.

Mike bukan lah contoh yang baik dan sebelum kejadian itu, Richard telah pun terdedah dengan cerita pembunuhan dan rogol yang dilakukan oleh Mike yang pada ketika itu merupakan bekas askar dari era perang Vietnam.

Foto:cdn2.lamag.com

Mangsa pertama yang dibunuh oleh Richard adalah merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 9 tahun dan mangsa kedua adalah seorang wanita yang berumur 79 tahun. Richard menikam mangsa yang ketika sedang tidur sehingga mati.

Pada 17 March 1985,  lelaki ini membunuh 3 orang sekaligus! Richard Ramirez menembak seorang wanita dibahagian muka ketika mangsa baru sahaja sampai di kediamannya.

Foto:www.thesun.co.uk

Tidak lama selepas itu, pembunuh ini membunuh pula rakan serumahnya dan membunuh lagi seorang wanita setelah menarik mangsa keluar dari kereta dan menembaknya sebanyak dua kali.

Pada tahun yang sama, Richard Ramirez memecah masuk beberapa buah rumah dan memaksa mangsa-mangsanya untuk menyerahkan harta-harta yang bernilai tinggi atau membunuh mangsa dengan kejam.

Foto:www.mezzocielo.it

Pembunuh ini akan membunuh suami mangsa dengan cepat dan merogol isteri mangsa, dan menyiksa mereka seperti memukul mangsa menggunakan tukul, mengikat tangan mangsa, menyiksa dengan wayar elektrik dan menggunakan parang untuk memotong tangan mangsa.

Walaupun itu sudah teramat kejam, akan tetapi kekejamannya menjadi lebih teruk apabila lelaki gila ini melakukan “pembedahan” kepada badan mangsa wanita dan mengorek biji mata dan menyimpanya di dalam sebuah kotak aksesori!

Richard Ramirez  dikejar dan ditangkap oleh orang awam dan kalau bukan pihak berkuasa tidak bercampur tangan, lelaki ini sudah tentu mati dikerjakan oleh orang awam yang marah akan apa yang telah dilakukan oleh lelaki ini.

Foto:www.lamag.com

Hasil perbicaraan, Richard Ramirez didapati bersalah kerana membunuh 33 mangsa dan 11 kali serangan seksual serta 14 kali memecah masuk rumah penduduk.

Pembunuh bersiri ini dijatuhkan hukuman mati dengan bilik gas beracun. Namun ketika sedang menunggu hukuman matinya, penampilan dan gaya lelaki ini berjaya menarik ramai kaum wanita sampaikan berkahwin dengan salah seorangnya!

Foto:www.lamag.com

Richard akhirnya mati akibat jangkitan Lymphoma pada bulan Jun 2013.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my